Wednesday, January 25, 2012

MEMPERMAINKAN, BERGURAU-SENDA ATAU MEMPERGOLOK-OLOKAN NAMA, AYAT DAN RASUL ALLAH

LIDAH TIDAK BERTULANG... Itulah yg seringkali diungkapkan, tapi perlu kitani tanam dlm hati, akal fikiran bhw jgn sebab ia tdk bertulang maka perckpan kitani pun inda ada batasan. Perkara2 agama bukan utk paibunan atau senda-gurau... Apatah lagi jika ia melibatkan Aqidah kitani sebagai seorang muslim. Jadi untuk ingatan bersama... jgn sekali mengutuk, mengejek, merendah2kan, mempermainkan, mengolok2 nama2 atau sifat2 atau ayat2 Allah atau Rasul2Nya, bahkan jua ciptaan Allah Yang Maha Esa. Akibatnya boleh saja membawa kpd syirik atau murtad. Jaga lidah kitani krn lidah boleh saja menjadi lebih 'tajam' dan mengundang mudharat yang lebih besar. Senda-gurau atau paibunan kitani boleh saja menuju ke arah perbuatan tidak mengagungkan Allah, wa Na'uzubillah min zaalik!!

Terdapat banyak ayat2 al-Quran memerintahkan kitani utk memuji & bersyukur kpd Allah antaranya seperti berikut:

Surah an-Naml : 59
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى

Tafsirnya:
Katakanlah 'Alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) dan kesejahteraan atas hamba-hambaNya yang dipilihnya.

Surah an-Naml : 93
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آَيَاتِهِ

Tafsirnya:
Dan katakanlah 'Alhamdulillah' (segala puji bagi Allah), Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaranNya.

Sesungguhnya peristiwa seperti ini pernah terjadi semasa Peperangan Tabuk iaitu perihal perbuatan org munafiq mengolok2 atau bermain2 terhadap Rasulullah. Dan telah turun ayat al-Quran akannya iaitu surah at-Taubah : 64-66

يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَا تَحْذَرُونَ (64) وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ (66

Tafsirnya:
(64) Orang yang munafiq itu takut kalau diturunkan satu surah al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada umum) akan apa yang ada dalam hati mereka (daripada kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad) : "Teruskanlah mengejak (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah kepada pengetahuan ramai)".
(65) Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah : "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?".
(66) Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (menzahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak daripada kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang yang terus berdosa.

Wednesday, January 04, 2012

SAUDARA BARU MENJADI KEKASIH ALLAH


Syeikh Abdul Wahid bin Zaid adalah seorang wali Allah yang suka mengembara dan berdakwah ke satu tempat khususnya tempat yang belum pernah dia sampai. Pada suatu hari dia mengembara ke suatu tempat dengan menaiki sebuah perahu layar. Apabila sampai di tengah lautan tiba-tiba  datang ribut taufan sehingga menghanyutkan perahunya dan dia terdampar ke sebuah pulau.

Di pulau itu Syeikh Abdul Wahid berjumpa dengan seorang lelaki yang asyik menyembah berhala. Setelah menunggu agak lama beliau akhirnya berkesempatan berkenalan dengan lelaki tersebut dan berbual serta bertukar-tukar fikiran.

Setelah memperkenalkan dirinya Syeikh Abdul Wahid bertanya kepada lelaki itu : "Wahai lelaki ! Apakah yang engkau sembah tu ?", tegur Syeikh Abdul Wahid.

"Aku menyembah Tuhanku ini", jawab lelaki itu sambil tangannya menunjukkan sebuah berhala yang berada tidak jauh dari situ.

"Siapa yang buat berhala Tuhanmu ini ?", tanya Syeikh Abdul Wahid.

"Aku sendiri yang membuatnya", lelaki  itu menjawab secara spontan.

"Kalau begitu engkau sendirilah yang  membuat tuhanmu itu ? Akupun boleh buat benda seperti yang engkau sembah ini, bahkan lebih banyak daripada itu pun aku mampu", perli Syeikh Abdul Wahid.

"Berhala ini engkau sendiri yang membuatnya, engkau pula yang menyembahnya. Wahai lelaki, berhentilah daripada perbuatan yang sia-sia ini,"sambung beliau lagi.
Lelaki itu yang pada mulanya merasa bangga dengan tuhannya, mulai bingung apabila tetamu yang tidak diundang itu seolah-olah menghalang perbuatannya menyembah berhala selama ini.

"Lalu siapa yang engkau sembah?" Lelaki itu minta kepastian daripada Syeikh Abdul Wahid.

"Aku menyembah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Namanya sangat Agung dan mulia dan Dialah Tuhan yang sebenar-benarnya yang wajib kita sembah", terang Syeikh Abdul Wahid.

"Wahai Tuan Syeikh, siapakah yang mula-mula mengajar kamu mengenal Tuhanmu itu ?" tanya lelaki penyembah berhala itu.

"Tuhanku telah mengutuskan seorang Rasul; pesuruhNya kepada kami, beliaulah yang mengajar kami tentang Dia" terang Syeikh Abdul Wahid.

"Lalu apa yang dibuat oleh Rasul tadi?", tanya lelaki itu ingin tahu.

"Setelah Rasul itu menyampaikan semua wahyu yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha  Agung  itu dengan sempurna dan lengkap maka dia pun wafat", Syeikh Abdul Wahid menerangkan  kepada lelaki tadi.

"Adakah tanda-tanda atau peninggalan Rasul itu padamu sekarang?"Penyembah berhala itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid.

Syeikh Abdul Wahid berkata; "Ya ada. Tuhan Yang Maha Agung itu telah menurunkan kitab suci al-Qur'an kepadanya untuk dijadikan pedoman  dan panduan hidup umat manusia di dunia dan di akhirat."

"Cuba engkau tunjukkan kitab itu kepadaku, biasanya  kitab seorang raja itu sangat indah dan menarik", lelaki itu berkata seorang diri apabila meminta kitab al-Qur'an daripada Syeikh Abdul Wahid.

Syeikh Abdul Wahid yang sentiasa membawa kitab suci al-Qur'an ke mana-mana segera memberikannya. Lelaki penyembah berhala itu membelek-belek Mushaf tersebut sambil memerhatikan tulisan dan hurufnya satu persatu  walaupun dia tidak dapat membacanya kerana beliau tidak mengenali huruf-huruf Arab.

"Wahai Sheikh, aku tidak tahu apa isi kandungan di dalamnya, bolehkah engkau membacakan untukku?" Pinta lelaki itu.

Kemudian Syeikh Abdul Wahid membacakan sebahagian daripada surah di dalam kitab al-Qur'an tersebut. Sedang lelaki penyembah berhala itu mendengar dengan khusyu', tiba-tiba dia menangis  tersedu-sedu sehinggalah Syeikh Abdul Wahid sempat menghabiskan bacaan surah tersebut. Tangisannya tidak dapat ditahan-tahan lagi.

"Wahai Tuan Syeikh, aku mohon maaf, Kalam  itu betul-betul menyentuh hati sanubariku. Maka tidak patut kita berpaling daripadaNya",katanya sebaik saja Syeikh Abdul Wahid selesai membaca al-Qur'an tersebut.

Ekoran daripada peristiwa itu, terbukalah pintu hati penyembah berhala tersebut, dengan turunnya hidayah Allah kepadanya. Demi kebesaran Tuhan Yang Maha Agung diapun secara sukarela memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Syeikh Abdul Wahid.

Sejak lelaki itu memeluk Islam Syeikh Abdul Wahid mengajar syariat Islam seperti tauhid, ibadah, akhlak, membaca al-Qur'an dan sebagainya. Ajaran-ajaran itu diikuti dan dikerjakannya dengan tekun dan sabar sehinggalah dia menjadi seorang penganut Islam yang sangat taat akan ajarannya dan seorang yang salih.

Apabila mengerjakan ibadat sembahyang , dia biasanya berjemaah bersama-sama Syeikh Abdul Wahid. Pada suatu malam sesudah mengerjakan sembahyang Isya', dia bersama-sama Syeikh Abdul Wahid bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba dia berkata:" Wahai tuan Syeikh, apakah Tuhan yang tuan perkenalkan kepadaku itu tidur juga di waktu malam?"

"Wahai hamba Allah! Ketahuilah bahawa Tuhan Allah itu Maha Agung, Dia Yang Maha Hidup, Dia tidak pernah mengantuk dan tidak sekali-kali tidur." Terang Syeikh Abdul Wahid.

"Wahai hamba Allah ! alangkah buruknya menjadi hamba seperti kita yang sentiasa mengantuk dan tidur sedangkan Tuhan kita tidak pernah mengantuk dan tidur, "jelas lelaki itu.

Syeikh Abdul Wahid sangat kagum terhadap kata-kata lelaki itu. Baru saja masuk Islam, ruh keislamannya sudah begitu   meresap di lubuk hatinya sehingga dapat mengeluarkan kata-kata seperti seorang ahli sufi.

Setelah beberapa lama tinggal di pulau itu, tibalah masanya Syeikh Abdul Wahid ingin kembali ke negeri asalnya. Apabila beliau menyampaikan hasratnya kepada lelaki itu, ternyata lelaki itu merasa sedih di atas kepulangan Syeikh Abdul Wahid dan minta dia dibawa bersama.

Setelah melihat kesungguhan lelaki itu mahu mengikutinya, mahu tidak mahu terpaksa juga dibawanya saudara baru itu pulang bersama-sama dengannya. Tatakala sampai ke negerinya, lalu Syeikh Abdul Wahid memperkenalkannya  kepada  saudara-saudara Islam yang lain.

"Wahai teman-teman sekalian ! Ini adalah saudara baru kita yang baru saja memeluk agama Islam", kata   Syeikh Abdul Wahid.

Kaum muslimin yang lain mengalu-alukan dan mengucapkan selamat kepada saudara baru tersebut dan di atas   kesedaran ukhuwah Islamiah, mereka mengutip derma untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

"Eh... apa ini?" Tanya lelaki itu kepada Syeikh Abdul Wahid ketika kutipan derma tersebut diserahkan kepadanya.

"Ini  ada sedikit derma untuk perbelanjaan engkau", jawab salah seorang daripada hadirin., kamu semua telah menunjukkan aku ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Allah, yang mana sebelum ini aku tinggal di sebuah pulau, Dia Tuhan yang tidak pernah mengabaikan aku, sekalipun   ketika itu  aku menyembah selain   daripadaNya (berhala). Sekarang ini setelah kamu semua tunjukkan aku ke jalanNya dan aku mengenalNya, apakah  dia akan mengabaikan aku begitu saja?" tanya lelaki itu dengan penuh perasaan.
Semua hadirin termasuk Syeikh Abdul Wahid tertunduk kagum akan kekuatan iman lelaki ini, kerana dia sekali-kali tidak sudi menerima kutipan derma tersebut kerana anggapannya selama  ini Allah sentiasa memeliharanya walaupun ketika itu dia menyembah berhala. Inikan pula dia sudah menjadi seorang Islam yang kuat berpegang dengan ajaran-ajarannya, apakah Allah akan mensia-siakannya. Dengan kata lain dia sekali-kali tidak mengharapkan bantuan lain selain daripada Allah.

Tiga hari selepas peristiwa itu ada orang datang menyampaikan berita bahawa lelaki itu sedang sakit. Mendengar berita itu Syeikh Abdul Wahid dan kaum muslimin yang lain pun datang menziarahinya.

"Wahai  hamba Allah, apakah engkau ada sesuatu hajat yang perlu disampaikan kepadaku? "Tanya Syeikh Abdul Wahid.

"Semua hajatku telah tertunai dengan kedatanganmu ke pulau itu", suara lelaki itu tersekat-sekat menahan sebak.

Tiba-tiba Syeikh Abdul Wahid merasa mengantuk dan tertidur di sisinya. Dalam tidurnya itu dia bermimpi  melihat sebuah taman yang sangat indah dengan tanam-tanaman yang sentiasa menghijau. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah kubah yang di dalamnya disediakan sebuah katil yang siap ditunggu oleh bidadari-bidadari yang tidak ada tolok banding cantik dan indahnya.

Tiba-tiba bidadari itu bersuara : Dengan nama Allah ! Alangkah baiknya kalau dia segera datang kepadaku. Aku sungguh rindu kepadanya.

Syeikh Abdul Wahid terjaga   daripada tidurnya dan didapati lelaki itu baru saja meninggal dunia di sisinya. Dengan perasaan yang sangat sedih beliau segera memanggil kaum mislimin bagi pengurusan jenazahnya.

Di sebelah malamnya Syeikh Abdul Wahid bermimpi lagi, dia melihat taman yang sama sebagaimana mimpinya yang pertama. Dalam taman tersebut  juga terdapat kubah yang sangat indah yang di dalamnya terdapat sebuah katil yang ditunggu oleh para-bidadari. Tapi bertambah  terkejutnya Syeikh Abdul Wahid kerana kali ini bidadari-bidadari tersebut sedang mendampingi lelaki   yang baru meninggal petang tadi. Masya Allah...
Sambil bermesra dengan bidadari-bidadari itu lelaki tadi membaca firman Allah Subhanahu Wata'ala  dalam surah Ar-Ra`d, ayat 23-24 yang tafsirnya: 

"Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan) : Salamun `Alaikum Bima Shabartum (Keselamatan atas berkat kesabaranmu)." Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."

Begitulah jika Allah menghendaki sesuatu kebaikan terhadap hambaNya, ternyata dalam sekelip mata saja seorang saudara baru, yang sebelumnya, penyembah berhala boleh menjadi kekasihNya buat selama-lamanya.

Dipetik dari: 
Majalah al-Hadaf (Dis 1999), Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.