Thursday, October 22, 2015

AMALAN-AMALAN BID`AH PADA HARI ASYURA

Al-Bakri ad-Dimyathi menyebutkan bahawa terdapat sepuluh adat kebiasaan pada hari Asyura yang tidak sah dilakukan, melainkan puasa dan menggembirakan ahli keluarga sahaja. Adapun selebihnya itu merupakan hadits dhai`if, munkar dan maudhu` seperti mengunjungi orang alim, menziarahi pesakit, mengusap kepala anak yatim, memotong kuku dan membaca surah al-ikhlas 1000 kali. (Hasyiyatan I`anah ath-Thalibin :2/584).

Di bawah ini dibutirkan sedikit penerangan tambahan mengenai perkara-perkara berikut:-
1.      Bercelak Mata
Ibnu al-Jawzi ada menyebutkan bahawa tidak ada sebuah hadits pun yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam tentang bercelak pada hari Asyura. Ia adalah satu amalan bid`ah dilakukan oleh oembunuh-pembunuh al-Hussain alaihissalam. Ahmad berkata “Tidak diguna pakai hadits Juwaibar kerana Juwaibar adalah seorang yang matruk ,seperti kata an-Nasa’I dan ad-Daraquthni.” (Kitab al-Maudhu’at 2/204).

2.      Mandi
Menurut ak-Ajhuri,tidak dijumpai sebuah hadits shahih yang mengatakan: “Sesiapa bercelak mata pada hari Asyura, nescaya tidak akan sakit mata dalam tahun itu” begitu juga anggapan yang mengatakan bahawa :Sesiapa yang mandi pada hari tersebut, tidak akan jatuh sakit dalam tahun itu.”

3.      Sembahyang Asyura
Tentang sembahyang sunat empat rakaat pada hari Asyura dan fadhilatnya diberi pahala 1000 kali haji dan umrah serta 1000 kali syahid pula adalah hadits yang tidak diragukan lagi maudhu’nya oleh orang yang berakal, dan ia juga adalah bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. (Kiatb al-Maudhu’at 2:200-201).

4.      Membaca Doa 
Pengarang kitab as-Sunan wa al-Mubtadi’at telah menyebut bahawa pandapat yang mengatakan, orang berdoa pada hari Asyura tidak akan mati pada tahun itu adalah dusta di sisi agama dan orang yang berkata begitu tidak takut kepada Allah kerana Allah Subhanahu wa Ta’alam berfirman:
إِنَّ أَجَلَ اللهِ إِذَا جَـآءَ  لاَ يُـؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (4)
( سورة نوح : 4)

Tafsirnya: (Maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu akan segera berima).
(surah Nuh :4)


5.      Membaca حَسْبِيَ الله وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْبَصِيْرُ
Membaca zikir ini pada air mawar untuk tujuan menyembuhkan segala penyakit, khas pada hari Asyura, adalah juga kepercayaah fasih dan dhalal yang nyata.(Kitab as-Sunan wa al-Mubtadi’at 119).

6.      Memakai Harum-haruman
Imam Zainuddin al-Malibari menyebut bahawa hadits-hadits tentang bercelak mata, mandi dan memakai harum-haruman pada hari Asyura adalah hadits palsu (tidak benar)/ (Hasyiyatan I’anah ath-Thalibin: 2/584-588)
Asy-Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani tentang kelebihan sembahyang, bersedekah, berinai, memakai minyak, bercelak mata, memasak biji-bijian dan sebagainya pada hari Asyura itu, menurut beliau, adalah hadits maudhu (hadits yang direka-reka). Khusus bercelak adakag satu amalan bid`ah yang diada-adakan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain radhiallahu  Ta’ala anhu. (Hawasyi as0Syarwani wa Ibn Qasim al –Ibadi: 3/455).

Walau bagaimana pun, bukanlah bererti di hari Asyura itu kita tidak boleh bersedekah, menjamu orang berbuka puasa, menahan marah dan sebagainya. Semua perkara tersebut adalah digalakkan, bahkan sunat dilakukan kerana mempunyai fadhilat atau kelebihannya yang tersendiri. Namun apabila melakukannya hendaklah dengan niat semata-matauntuk mendapatkan pahala daripada amalan tersebut, bukan dikaitkan dengan hari Asyura, melainkan berpuasa kerana ada hadits yang warid mengenainya, demikian juga melapangkan ahli keuarga pada hari tersebut.w walaupun sandarannya dhaif, namun apabila dihimpunkan dengan periwayat yang lain, jadilah ia kuat.’’

Sumber rujukan Fatwa Mufti Kerajaan 2006
والله أعلم بالصواب

Monday, October 19, 2015

SELAWAT AT-TAFRIJIYAH LIL IMAM AS-SANUSI ( التفريجية للإمام السنوسي )


Berkata Imam as-Sanusi, Barangsiapa yang ditimpa bala, hendaklah sembahyang sunat dua rakaat pada tengah malam, setelah selesai sembahyang sunat hendaklah ia membaca selawat ini sebanyak 100 kali sambil menghadap qiblat. Insya Allah akan dihilangkan segala bala dan fitnah itu.

Bacaannya ialah:-
اَللَّهُمَّ صّلِّ وَسَلِّمْ سَيِّدِنَـا وَمَوْلاَنَـا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَحُلُّ بِهَـا عُقْدَتِيْ وَتُفَرِّجُ بِهَا كُرْيَتِيْ وَتُنْقِذُنِيْ  بِهَا وَحْلَتِيْ وَتُقِـيْلُ بِهَا عَشْرَتِيْ وَتُـقِيْـضُ بِهَا حَاجَتِيْ وَصَلِّ
عَلَى ىسَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ:

Ertinya:-
“Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu dan sejahtera ke atas penghulu kami dan pemimpin kami Nabi Muhamma shallallahu `alaihi wasallam sebahao suatu rahmat yang dapat membukakan simpulanku dan melepaskan dengannya bencanaku dan menyelamatkan aku dengannya dari kekotoranku dan gugurkanlah dengannya kejahatanku, dan sampaikanlah dengannya kehendak-kehendakku, dan limpahkanlah rahmatMu dan berikanlah kesejahteraan ku atas penghulu kami Muhammad shallallahu `alaihi wasallam dan ahli keluaganya dan para sahabat baginda."

Wednesday, October 07, 2015

AYAT BASMALAH



بسم الله الرحمن الرحيم
Ayat Basmalah iaitu بسم الله الرحمن الرحيم  bermaksud “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih”. Apabila hendak membaca al-Quran, kalimah yang dibaca terlebih dahulu ialah ayat basmalah. Kalimah basmalah walaupun bukan ayat yang pertama diturunkan tetapi ia adalah ayat yang mula-mula termaktub di dalam mushaf al-Quran. Di antara kelebihan ayat ini ialah:
1  Setiap pekerjaan yang didahului dengan membaca basmalah akan mendapat berkat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu
كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ
Maksudnya:  Setiap percakapan atau urusan yang tidak dimulakan dengn menyebut nama Allah ‘Azza wajalla, maka ia terputus daripada berkat Allah”

2   Apabila diamalkan sebelum keluar rumah membaca ayat basmalah dan memohon agar mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَالَ يَعْنِي إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ يُقَالُ لَهُ كُفِيتَ وَوُقِيتَ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “sesiapa yang membaca ketika hendak keluar dari rumahnya:    
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
cukuplah kamu dan terpeliharalah kamu dan terlepaslah kamu daripada syaitan”

3  Ubat penawar untuk tubuh badan yang sakit sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim bahawa Otsman bin al-‘Ash ats-Tsaqafy pernah mengadu rasa sakit-sakit badan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sejak beliau masuk Islam. Maka bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepadanya:
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya: “Letakkan tanganmu di atas badanmu yang sakit dan bacalah 3 kali بسم الله الرحمن الرحيم dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kemudian bacalah 7 kali:
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan apa yang aku dapati dan aku takuti.
والله أعلم بالصواب