Thursday, November 19, 2015

Surah al-Kahfi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Surah ini surah yang ke 18 dalam al-Quran dan mempunyai 110 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan terletak di dalam juz 15. Di antara kelebihan surah ini ialah:

1.   Sunat membaca surah ini pada malam Jumaat atau siang Jumaat sebelum menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Terdapat dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Hakim daripada Abu Sai’d al-Khudri radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

Maksudnya: Sesungguhnya siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat (dan dalam satu riwayat lain mengatakan pada malam Jumaat) dia akan disinari oleh cahaya dalam masa antara dua Jumaat.

2.    Siapa yang membaca Surah al-Kahfi akan disinari cahaya sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Sahl bin Mua'z daripada bapanya bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ أَوَّلَ سُورَةِ الْكَهْفِ وَآخِرَهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا مِنْ قَدَمِهِ إِلَى رَأْسِهِ
وَمَنْ قَرَأَهَا كُلَّهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ

Maksudnya: Siapa yang membaca pada awal Surah al-Kahfi dan akhirnya adalah baginya cahaya daripada hujung kakinya hingga ke kepalanya, dan siapa yang membaca kesemuanya adalah baginya cahaya daripada langit hingga ke bumi.

3.   Siapa yang menghafaz surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Darda bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ
Maksudya: siapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal.
والله أعلم بالصواب


Tuesday, November 17, 2015

SELAWAT AL-QABDHATI ( اَلْقَبَضَةِ )

Barangsiapa membaca selawat ini setiap kali lepas sembahyag sebanyak 21 kali insya Allah sekalian makhluk kasih kepadanya. Jika dibaca di dalam air dan diminumkan insya Allah kasih sayang berkekalanterutama sekali pada suami isteri.
Bacaannya ialah:-
اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّـدِنَا وَمَوْلاَنَـا مُحَمَّدٍ شَجَرَةَ الأَصْل النُّوْرَانِـيَّـةِ وَلَمْعَةِ الْقَبْـضَةِ الرَّحْمَـانِيَّـةِ
وَأَفْضَلِ الْخَلْقِـيَّةِ الْإِنْسَـانِيَّـةِ وَأَشْرَفِ الصُّوْرَةِ الْحِسْمَانِيَّـةِ وَمَعْدِنِ الْأَسْرَارِ الرَّبَّـانِيَّـةِ وَخَزَائِنِ الْعُلُوْمِ الْإِصْطِفَانِيَّـةِ صَاحِبِ القَبْضَةِ الْإِصْنِيَّـةِ وَالْبَهْجَـةِ السَّنِيَّـةِ وَالرُّتْبَـةِ الْعَلِيَّـةِ وَصَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْـهِ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ مَا خَلَقْتَ وَرَزَقْتَ وَأَمَتَّ وَأَحْيَيْتَ إِلَى يَوْمٍ تُبْعَتُ مَنْ أَفْنَيْـتَ وَسَلِّمْ تَسْلِيْـمًا كَثِيْـرًا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Ertinya:
Ya Allah, limpahkanlah rahmatmu dan sejahterakan olehmu dan berkatilah olehmu ke atas penghulu kami dan pemimpin kami Nabi Muhammada akhir zaman, asal pokok cahaya kegemilangan dan berkilau-kilauan dan semulia-mulia makhluk manusia dan seelok rupa wajah tubuh badan segala rahsia ketuhanan dan gedung ilmu pilihan yang empunya asal genggaman halus keelokan serta pangkat ketinggian. Limpahkanlah, rahmatilah dan berkatilah ke atas baginda dan keluarga baginda sekalian dan para sahabat baginda sebanyak makhluk yang Engkau jadikan, yang Engkau berikan rezeki, yang Engkau matikan dan yang Engkau hidupkan hingga ke hari Engkau bangkitkan akan mereka yang telah Engkau binasakan dan selamatkan dengan penuh keselamatan hingga ke hari yang berkekalan dan segalanya ujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Monday, November 09, 2015

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Panduan yang elok diberi ketika memberi nama kepadaanak yang baru lahir ialah:-
1-      Baca Surah al-Fatihah
2-      Baca Surah Yusuf ayat 64 (3x)
فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
3-      Baca Surah al-Buruj ayat 20-22
وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ (20) بَلْ هُوَ قُرْآَنٌ مَجِيدٌ (21) فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ (22)
4-      Baca Surah al-Hijr ayat 17
وَحَفِظْنَاهَا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ
5-      Baca Surah Mu`minun ayat 12-14
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ (12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ (13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آَخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ (14)
6-      Kemudian diserukan seperti : “Hai anak! Allah subhanahu wa Ta`ala telah menamakan engkau dengan……..” (sebut dengan nama yang telah dipilih).
7-      Setelah itu baca Surah Al-Fatihah hingga akhir dan kemudian baca doa ini:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، اَللَّهُمَّ أَنْشَئْهُ نَشْأَةً صَالِحَةً، وَأَحْيِـهِ حَيَـاةً طَيِّبَـةً، وَأَسْعِدْهُ سَعَـادَةَ الْحُسْنَى، وَاجْعَلْـهُ بَارًا لِوَالِدَيْـهِ غَيْرَ عَاقٍ لَهُمَـا، وَاجْعَلْـهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْـنَ الْعَامِلِيْـنَ الْفَائِزِيْنَ الْعَابِدِيْنَ وَكِفْهُ شَرَّ نَظْرَةِ الْعَيْنِ وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِدْهُ عَنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ وَلاَ تُحَوِّجُكَ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْـهِ أَجْمَعِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ رَبَّنَا آتِنَـا فِيْ الدُّنْيَـا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ  وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ فِيْ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، وَسُبْحَانَ رَبِّكَ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam dan ke atas ahli keluarga dan  para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah ya Tuhan kami! Bentuklah ia dengan perkembangan yang sihat, dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik, dan berikanlah ia kebahagiaan dengan kebahagiaan yang terbaik, dan jadikan ia seorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikan ia tergolong dari kalangan orang-orang yang beramal, orang-orang yang berjaya, dan orang-orang  yang banyak beribadah. Dan cegahlah ia daripada kejahatan penyakit al`ain dan orang-orang yang iri hati. Dan Engkau lindungilah ia daripada kejahatan makhluk Mu semuanya. Dan janganlah Engkau jadikan ia berhajat kecuali terhadapMu wahai yang Maha Mulia. Dan ampunkanlah kedua-dua ibu bapanya, wahai Tuhan, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka. Dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ahli keluarga serta para sahabat baginda pada setiap pandangan dan nafas sebanyak yang dirangkumi oleh ilmu Allah, Maha suci Tuhanmu yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafiq) sifatkan, dan salam sejahtera kepada para rasul sekalian serta segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.

Tuesday, November 03, 2015

SELAWAT AL-FATIH ( اَلْفَاتِح )

Selawat ini dibaca bagi memohon hajat yang sudah lama terpendam. Sebaik-baiknya dibaca  sebanyak 100 kali sehari.

اَللهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّـدِنَـا مُحَمَّدٍ الْفَـاتِحِ لِمَـا أُغْلِقَ وَالْخَـاتِـمِ لِمَا سَبَقَ وَنَـاصِرِ الْحَقِّ بِـالْحَقِّ وَالْهَـادِي إِلَى صِرَاتَـكَ الْمُـسْتَقِيِـمِ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِـهِ حَقَّ قَدْرِهِ الْعَظِيْـمِ
Ertinya:-
Ya Allah, rahmatilah ke atas  penghulu kami Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunukkan jalan Engkau yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung.