Thursday, July 28, 2011

Wujudkah amalan bertunang di dalam Islam? atau adakah ianya adat orang-orang kitani sahaja?

Meminang adalah adat yang sudah lama wujud sebelum kedatangan Islam. Dan agama Islam bukan sahaja tidak menegahnya, bahkan meminang adalah sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam yang disunatkan kitani semua untuk melakukannya sebagai muqaddimah sebelum pelaksanaan akad nikah. Kitani baca firman Allah dalam surah al-Baqarah: 235

....وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ

Tafsirnya: "Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu (yang suaminya telah meninggal dunia dan masih dalam 'iddah dan atau kerana Thalaq Ba'in) dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (kinginan mengahwini mereka) dalam hati kamu."

Dari Abi Hurairah bahawa bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

...لاَ يَخْطُبُ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ...

Maksudnya: “Dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadits di atas menerangkan tentang larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain.

Jadi jelas bahawa amalan ini bukan hanya adat orang-orang kitani sahaja... dan yang paling penting jaga etika ketika dalam pertunangan kerana dengan terikatnya tali pertunangan, tidak bermakna dua orang yang bertunang itu mempunyai kebebasan bergaul dengan tidak ada batasnya atupun boleh melakukan khalwat (berdua-duaan) sesuka hati. Mudah-mudahan kitani semua, anak-anak, adik beradik atau saudara mara kitani dijauhkan dari perbuatan ani, amin...

Tuesday, July 12, 2011

Ceramah Khas Sempena Bulan Ramadhan 1432 Hijrah / 2011 Masihi Bagi Pegawai Dan Kakitangan Kerajaan.

- Jam: 8.30 pagi
- Tempat: Dewan Persidangan Pusat Da'wah Islamiah
Objektif Ceramah:
  1. Melahirkan warga perkhidmatan awam yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan ramadhan.
  2. Menyemarakkan dan mensyukuri kehadiran bulan ramadhan.
  3. Memupuk perasaan cinta terhadap bulan Ramadhan.
  4. Mengeratkan ukhuwwah antara sesama muslim dan muslimah.
JADUAL CERAMAH SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1432 HIJRAH

1- 8 ogos 2011 (Isnin):
Nama Penceramah: Awang Haji Anwari bin Haji Rawi.
Tajuk Ceramah: "Benarkah jin/ syaitan dibelenggu dibulan ramadhan?".



2- 9 ogos 2011 (Selasa):
Nama Penceramah: Awang Haji Badaruddin bin Haji Basar.
Tajuk Ceramah: "Mendidik rohani dan jasmani dibulan ramadhan" .



3- 10 ogos 2011 (Rabu):
Nama Penceramah: Awang Isham bin Ismail.
Tajuk Ceramah: "Bagaimanakah memupuk kesedaran orang yang tidak berpuasa?".



4- 11 ogos 2011 (Khamis):
Nama Penceramah: Awang Ali Hassan bin Mohammad Said.
Tajuk Ceramah: "Milik siapakah malam yang lebih baik dari 1000 bulan? ".



5- 13 ogos 2011 (sabtu):
Nama Penceramah: Dayang Hajah Rogayah BPKDP Haji Abdul Wahid.
Tajuk Ceramah: "Puasa dan fadilatnya sebagai bekalan hidup sesudah mati".



6- 15 ogos 2011 (Isnin):
Nama Penceramah: Awang Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.
Tajuk Ceramah: "Fadilat ziarah kubur bagi lelaki/ wanita serta hukum hakam mengenainya".



7- 16 ogos 2011 (Selasa):
Nama Penceramah: Dk. Norhayati binti Pg. Haji Kasharan.
Tajuk Ceramah: "Aidilfitri Hari Bahagia" .