وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا
لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
“Dan jika sekiranya penduduk negari itu, beriman serta
bertaqwa, pastilah Kami (Allah) akan membukakan (pintu-pintu) keberkatan kepada
mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah, dari langit dan bumi…”
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM YANG KE 30 TAHUN
Alhamdulillah… Setelah 30 tahun Negara Brunei Darussalam Bumi Berdaulat
mencapai kemerdekaan, negara ini terus berpegang teguh kepada al-Qur`an
dan as-Sunnah serta menjadikannya sebagai landasan dari segala aspek berbangsa
dan bernegara karena al-Qur`an dan as-Sunnah merupakan primary source dari
segala aspek kehidupan. Di samping itu juga, negara ini terus menerapkan suasana persekitaran dan pembangunan yang lebih
sihat dan Islami. Budaya dan cara hidup bermasyarakat dan bernegara berlandaskan
al-Quran dan as-Sunnah terus giat diamalkan dan ditingkatkan.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terus menerus mempastikan pembangunan negara dan perkembangan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai Islam iaitu dengan mengambil berat hal ehwal kebajikan, perkembangan pembelajaran, kesejahteraan hidup, kemajuan ekonomi dan berbagai aspek lain, malahan pembangunan ini telah dipastikan berasaskan pembangunan rohani dan akhlak yang progresif menepati tuntutan Islam bagi mengimbangi kemajuan dan pembangunan di era globalisasi ini.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terus menerus mempastikan pembangunan negara dan perkembangan masyarakat sesuai dengan nilai-nilai Islam iaitu dengan mengambil berat hal ehwal kebajikan, perkembangan pembelajaran, kesejahteraan hidup, kemajuan ekonomi dan berbagai aspek lain, malahan pembangunan ini telah dipastikan berasaskan pembangunan rohani dan akhlak yang progresif menepati tuntutan Islam bagi mengimbangi kemajuan dan pembangunan di era globalisasi ini.
Sehubungan dengan itu, kita sebagai Anak Brunei, Masyarakat
Brunei yang dijaga dan di’peduli’ seperti Menatang Minyak Yang Penuh oleh pihak
kerajaan perlu lah memelihara dan mempertahankan kesejahteraan negara dalam
sama-sama mengusung misi Baldatun Tahiyyibatun wa Rabbun Ghaffur semata-mata bagi
mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memperolehi Rahmatan lil ‘Aalamiin
(kesejahteraan bagi semesta alam).
Kita juga patut bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu
wa Ta’ala dan berterima kasih atas pimpinan Raja Yang ‘Adil, di mana setiap
tindak tanduk baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa mengaplikasikan
nilai-nilai al-Qur`an dan as-Sunnah sebagai konsep bernegara sesuai dengan
perintah Allah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ
بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
“Hai orang-orang beriman, Taati lah Allah dan Taati lah RasulNya dan Ulil Amri di antara kamu. Jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu kembalikanlah kepad Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
-Surah an-Nisaa' : 59-