Ketinggian martabat
insan di sisi Allah dinilai bukan dari segi pangkat atau kedudukan, darjat
keturunan, kemewahan atau harta benda malah bukan juga warna kulit atau paras
rupa. Sebaliknya Islam menilai kemuliaan seseorang dari segi batinnya, iaitu
imannya, kebersihan hatinya dan ketaqwaannya. Ini jelas sebagaimana firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ
أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
“Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(Surah al-Hujuraat : 13)
(Surah al-Hujuraat : 13)
Taqwa
sangat penting kepada seseorang mukmin kerana ia umpama nyawa yang sentiasa
menghidupkan hati. Pergerakan hati seorang insan yang bertaqwa sentiasa dipandu
cahaya Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ
تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي
الْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Katakanlah
(wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu
atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya: dan ia mengetahui segala
apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.”
(Surah Ali-‘Imraan
: 29)
Firman Allah lagi:
Firman Allah lagi:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“…Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…”.
(Surah
at-Talaq : 2-3)
Ayat ini
menerangkan kepada kita bahawa mereka yang bertaqwa akan mendapat pemeliharaan
dan perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala serta diberi jalan keluar
sewaktu menghadapi sebarang masalah. Mereka juga akan diberi rezeki oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Oleh yang demikian, sudah sewajarnya bagi seorang muslim
merebut peluang ini bersungguh-sungguh bagi membentuk jiwa dan diri
masing-masing untuk mencapai tahap dan kedudukan yang tinggi dan mulia.
Dari Abu
Dzar katanya; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ
السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Maksudnya:
“Takutlah
kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, susulilah perbuatan buruk dengan
kebaikkan, maka kebaikkan itu akan menghapuskannya. Dan pergaualilah manusia
dengan budi pekerti yang baik.”
(Riwayat
Imam at-Tirmizi)
Allah
berjanji akan mengurniakan pertunjuk kepada orang bertaqwa dan menjadikan
mereka orang yang berjaya, sebagaimana firman-Nya:
وَالَّذِينَ
اتَّقَوْا فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“…Padahal
orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada
mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak…”
(Surah
al-Baqarah : 212)
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
إِنَّهُمْ
لَنْ يُغْنُوا عَنْكَ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ
أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya
mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab)
Allah (kalau engkau menurut mereka; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu
setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam
perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi
orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).”
(Surah
al-Jaathiyah : 19)
Dalam
sebuah hadis dari Abu Umamah bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan khutbah dalam haji wida’ (haji
terakhir), baginda bersabda:
اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا
شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ
تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ
Maksudnya:
“Bertaqwalah
kepada Allah, kerjakanlah sembahyang lima waktumu, lakukanlah puasa dalam
bulanmu (Ramadhan), keluarkanlah zakat harta-hartamu, taatilah pemimpinmu,
nescaya kamu akan masuk syurga Tuhanmu.”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
(Riwayat Imam at-Tirmizi)