Surah al-Mulk merupakan surah yang
ke 67 dalam al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan
terletak di dalam juz 29. Surah ini dinamakan surah al-Mulk (kuasa
Pemerintahan) kerana ia dimulai dengan ungkapan memulia dan mengagungkan
kebesaran dan kekuasaan mutlak Allah Subhanahu wa Ta’ala di dunia dan di
akhirat. Surah ini dinamakan juga al-waqiyah yang bermaksud pelindung, al-Munjiyah
yang bermaksud penyelamat kerana ia boleh melindungi dan menyelamatkan
seseorang daripada azab kubur serta memberi syafa’at kepada orang yang
mengamalkannya, al-mani’ah yang bermaksud yang menahan azab dan seksa
dan al-Mujadilah yang bermaksud membela atau mempertahankan orang yang
membacanya pada hari Kiamat.
Surah
ini dimulai dengan ungkapan puji-pujian terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala
yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Dialah yang mengendalikan segala
yang wujud dalam konteks menghidup dan mematikan, memulia dan menghinakan serta
memberi kekayaan dan kemiskinan. Kekuasaan Allah itu ditegaskan dengan dalil
bahawa Dia menjadikan tujuh petala langit tanpa sebarang kecacatan dan
menghiasnya dengan bintang-bintang gemerlapan. Semua itu untuk menunjukkan
bahawa sistem yang mengendalikan alam ini ialah sistem yang serba teratur dan
kemas.
Dalam
surah ini juga mengambarkan keadaan orang-orang kafir yang menerima hukuman
di akhirat kelak. Mereka menyesali dan mengakui kesilapan serta dosa mereka,
tetapi semuanya sudah terlambat dan tidak berguna lagi. Seterusnya, Allah
menegaskan bahawa penciptaan bumi adalah untuk faedah kehidupan manusia. Oleh
itu manusia wajib menghargainya dan menginsafi bahawa Allah berkuasa menimpakan
azab kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sebagaimana yang pernah menimpa
umat-umat silam yang mendustakan rasul-rasul mereka.
Surah
ini diakhiri dengan penegasan bahawa hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang
mengetahui bila masanya. Manusia diperingatkan bahawa hanya iman dan taqwa
sahajalah yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah.
Kelebihan
Surah al-Mulk
Di
antara kelebihan Surah ini ialah:
- Menyelamatkan daripada azab kubur. Perkara ini ada disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ
Makudnya:
Surah al-Mulk itu menghindar iaitu menyelamatkannya daripada azab kubur.
- Memberi syafa’at kepada pembacanya sehingga diampunkan dosanya. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ
حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Maksudnya:
sesungguhnya ada satu surah di dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga
puluh
ayat yang akan memberi syafa’at kepada seseorang (pembaca), sehingga diampunkan dosanya,
itulah surah Tabarakal lazi biyadihil mulk (surah al-Mulk)
ayat yang akan memberi syafa’at kepada seseorang (pembaca), sehingga diampunkan dosanya,
itulah surah Tabarakal lazi biyadihil mulk (surah al-Mulk)