Menurut
Zainuddin al-Malibari rahimahullah bahawa adalah haram berpuasa sunat
pada hari–hari separuh terakhir daripada bulan Sya`ban iaitu 16 hingga 30
Sya`ban tanpa sebab-sebab yang tertentu.
(Fiqh
al-Mu`in dalam I`anah ath-Thalibin : 2/455)
Larangan
pada hari-hari tersebut berdasarkan hadits yang diriyawatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu `anhu katanya
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:
اِذَا
انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُوْمُوْا
( رواه ابو داود)
Maksudnya:
“Apabila
telah berlalu separuh bulan Sya`ban , maka janganlah kamu berpuasa.”
(hadits
Riwayat Abu Daud)
Walau
bagaimana, tidak haram berpuasa pada hari-hari separuh terakhir daripada bulan
Sya`ban itu jika ada sesuatu yang mengharuskan berpuasa seperti puasa kerana
menunaikan nazar, kaffarah dan qadha sekaligus puasa yang diqadha itu
adalah puasa sunat.
Jika
seseorang itu pula kebiasaannya mengamalkan puasa sunat seperti puasa pada hari
Isnin dan hari Khamis, maka diharuskan juga baginya mengerjakan puasa sunat
tersebut pada hari-hari separuh terakhir daripada bulan Sya`ban.
Begitu
juga, harus berpuasa pada hari-hari
separuh terakhir daripada bulan Sya`ban jika puasa yang dikerjakan itu
bersambung walaupun hanya satu hari dengan puasa yang dikerjakan pula separuh
yang pertama daripada bulan
Sya`ban. Sebagai contoh, harus
mengerjakan puasa sunat yang bermula pada 15 Sya`ban dan meneruskannyu pula
separuh terakhir bulan Sya`ban itu hinggalah ke hari terakhir bulan tersebut. Bagaimanapun,
sekiranya dia berpuasa pada hari-hari separuh terakhir bulan Sya`ban itu, maka
haram ke atasnya meneruskan atau brepuasa lagi selepas hari dia berbuka itu.
(I`anah ath-Thalibin 2/455, Hasyiah
al-Jamal `ala al-Minhaj : 2/326)
والله
أعلم بالصواب
Sumber
rujukan : Puasa Mufti Kerajaan, m.s 42-43.& Zakat, Fatwa