Translate

Saturday, November 29, 2025

BILAL BIN RABAH

 


Bilal bin Rabah adalah seorang hamba berasal dari Negeri Habsyah. Setelah ayahnya meninggal dunia beliau diserahkan di bawah jagaan Umayyah bin Khalaf iaitu salah seorang tokoh kaum musyrikin Mekah yang menentang da’wah Islam. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mula menyebarkan seruan Islam, Bilal adalah salah seorang yang menyahut seruan tersebut.   Bilal terkenal dengan sifatnya yang jujur, salih dan sentiasa taat akan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila mendengar Bilal telah memeluk agama Islam, Umayyah bin Khalaf sangat marah lalu menyeksa Bilal dengan bermacam-macam seksaan yang amat kejam. Antara seksaan yang paling berat ialah meletakkan sebiji batu besar yang berat di atas dadanya sehingga beliau sukar untuk bernafas di padang pasir yang panas. Segala penyeksaan dan penderitaan yang dialami Bilal tidak sedikit pun menggugat keimanannya kepada Allah. Semakin hebat dia diseksa semakin kuat dia mengingati Allah. Mulutnya tidak henti-henti menyebut ‘Ahad, Ahad, Ahad’ yang ertinya ‘Allah yang Maha Esa.’ Sehinggalah Saiyidina Abu Bakar ash-Shiddiq datang membeli dan membebaskan Bilal dari tuannya serta memerdekakannya.  Bilal menjadi sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang setia dan turut berhijrah ke Madinah dan berjuang bersama dalam semua peperangan. Bilal menjadi orang pertama yang mengumandangkan azan dalam sejarah Islam apabila baginda Rasulullah melantik beliau menjadi muadzin atau juru azan baginda di Masjid an-Nabawi yang baru dibina pada ketika itu.  Bilal bin Rabah meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah ketika berusia 60 tahun.

BELAJAR ADAB DULU BARU ILMU

 




Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Nabi Shallallahu ’ alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Kaum mu’minin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” Orang yang beradab sudah pasti berilmu tetapi orang berilmu belum tentu ada adab. Adab adalah satu akhlak yang sangat baik dan mulia. Antara adab-adab menuntut ilmu itu ialah:

Tuesday, November 11, 2025

DOA AGAR MEMILIKI AKHLAK YANG BAIK

 



                                       الحَمْدُ لله ، الَّلهُمًّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي   


Maksudnya :

Segala puji bagi Allah,  Ya Allah sebagaimana Engkau telah menciptakan aku dengan sebaik-baiknya maka elokkanlah budi pekertiku