Translate

Thursday, December 11, 2025

ADAB BERSAHABAT


 

Selain daripada ahli keluarga, sahabat juga merupakan antara orang yang terdekat dengan kita. Sahabat menjadi tempat kita berkongsi segala hal suka atau duka. Oleh itu, sebagai seorang sahabat kita hendaklah menjaga adab kita dengan mereka.

Antara adab bersahabat ialah:


  • Hendaklah menjaga hubungan silaturrahim antara sahabat,  menjaga aib dan menyimpan rahsia mereka.
  • Berkata dengan perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka.
  • Membantu ketika mereka dalam kesusahan.
  • Tidak menceritakan keburukan mereka kepada orang lain.
  • Tidak memanggil sahabatnya dengan gelaran yang kurang elok kerana ia mungkin akan mengundang perbalahan dan perselisihan faham.

AURAT

 


Aurat bermaksud bahagian tubuh yang harus ditutup daripada pandangan orang lain. Hukum menutup aurat adalah wajib. Aurat mesti ditutup dengan kain yang tidak nipis sehingga menampakkan kulit orang yang memakainya. Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.


KENAPA WAJIB MENUTUP AURAT: 


Menjaga kehormatan diri.

Menghormati perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. 

Menghormati diri sendiri dan orang lain. 

Pakaian menunjukkan keperibadian kita.


Aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. 

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuh wanita kecuali muka dan kedua telapak tangan.