Saturday, March 24, 2012

Cemburu dan Dayus


Assalamu'alaikum,

Kali ani admin akan berkongsi ilmu tentang tajuk yg admin sebutkan di atas... Tajuk ani pernah mengisi ruang di dalam buku “Pandangan Islam” hasil terbitan Pusat Da’wah Islamiah yang diterbitkan pada tahun 1982, dan penulis buku ini pula bukanlah seorang yang asing, bahkan beliau seorang yang disayangi khususnya bagi kitani rakyat Brunei… beliau adalah Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz; Mufti Kerajaan Brunei dari tahun 19 hinggalah ke akhir hayat beliau… iaitu pada tahun 19. Sama-samalah kitani baca petikan hasil tulisan beliau…

“Jarang orang bercakap mengenai masalah cemburu dan dayus ini, padahal kedua-dua perkara ini banyak kali tersebut dalam hadits-hadits dan al-Quran, samada secara langsong mahupun tidak langsung, malah banyak sekali tersebut dalam kitab-kitab feqah khasnya kitab Az-Zawajir”. (Pandangan Islam, m.s:5)

Inilah kata-kata pembukaan tajuk ini… cukup jelas permasalahan yg tercetus. Memang benar sikap ‘cemburu’ dan ‘dayus’ jarang diperkatakan secara ilmiah (walaupun hingga ke hari ini) di kalangan masyarakat kitani Brunei, akan tetapi jika diteliti ia seringkali terjadi di dalam kehidupan seharian kitani, samada secara sedar atau tidak. Sikap ini selalu ditimbulkan atau dikaitkan dalam membincangkan masalah perhubungan atau rumahtangga terutama sekali hubungan suami isteri.

Kita sambung lagi…

“CEMBURU SIFAT ORANG BERIMAN:
Allah Subhanahu wa Ta’ala sangat-sangat bersifat ghairah (cemburu), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga sangat-sangat bersifat ghairah (cemburu), begitu juga sahabat2 (Radhiallahu ‘anhum) dan orang-orang dahulu (salaf) daripada umat Islam. Sebenarnyanya cemburu adalah suatu sifat orang-orang yang beriman.

Di dekan ala Eropah sekarang, seolah-olah menghapuskan perasaan cemburu sebagaimana yang terdapat dalam Islam, bahkan perasaan atau sifat cemburu itu hampir-hampir tiada di kalangan setengah keluarga Islam sehingga mereka sanggup membiarkan anak-anak dan isteri serta kaum kerabat mereka bercampur gaul dengan laki-laki yang halal nikah. Boleh dikatakan mereka itu lebih hamper kepada sifat dayus.”

Membaca isi kandungan di atas, memang jelas kepada kitani bahawa ada sesetengah ibubapa memilih untuk bersifat ‘terbuka’ atau ‘open mind’ dengan alasan bahawa zaman semakin moden, zaman IT… jadi anak-anak kurang sesuai untuk dikongkong, walhal mereka tidak sedar bahawa perbuatan keterlaluan itu lebih menjurus kepada sifat ‘dayus’… renung-renungkan!

Mungkin sesetengah kita kurang tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘dayus’? atau mungkin masih samar-samar apa sebenarnya sifat ‘dayus’ ini? Penulis iaitu Allahyarham menjelaskan…

“Maksud dayus itu ialah membiarkan secara mudah dan meluas pergaulan bebas akan anak isteri dan kerabat mereka. Hukum orang dayus ini ialah berdosa besar dan tiada ia mencium bau surga.”

Itulah penjelasan pendek tetapi cukup jelas, maksud dayus dan hukumnya… bahkan penghujungnya diperingatkan kepada kitani akibat dari perbuatan tersebut yang cukup mengerunkan… semoga kitani dijauhi daripada sifat tersebut. Muhasabah diri, Insy Allah kita akan terhindar dari sifat mazmumah (hina) ini…

Sekian, kita akan sambung lagi Insya Allah…
(1)