Assalamu'alaikum,
Kali ani admin
akan berkongsi ilmu tentang tajuk yg admin sebutkan di atas... Tajuk ani pernah
mengisi ruang di dalam buku “Pandangan Islam” hasil terbitan Pusat Da’wah
Islamiah yang diterbitkan pada tahun 1982, dan penulis buku ini pula bukanlah
seorang yang asing, bahkan beliau seorang yang disayangi khususnya bagi kitani
rakyat Brunei… beliau adalah Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri
Utama Dr Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz; Mufti Kerajaan Brunei dari
tahun 19 hinggalah ke akhir hayat beliau… iaitu pada tahun 19. Sama-samalah
kitani baca petikan hasil tulisan beliau…
“Jarang orang bercakap mengenai
masalah cemburu dan dayus ini, padahal kedua-dua perkara ini banyak kali
tersebut dalam hadits-hadits dan al-Quran, samada secara langsong mahupun tidak
langsung, malah banyak sekali tersebut dalam kitab-kitab feqah khasnya kitab
Az-Zawajir”. (Pandangan Islam, m.s:5)
Inilah kata-kata pembukaan tajuk
ini… cukup jelas permasalahan yg tercetus. Memang benar sikap ‘cemburu’ dan
‘dayus’ jarang diperkatakan secara ilmiah (walaupun hingga ke hari ini) di
kalangan masyarakat kitani Brunei, akan tetapi jika diteliti ia seringkali
terjadi di dalam kehidupan seharian kitani, samada secara sedar atau tidak.
Sikap ini selalu ditimbulkan atau dikaitkan dalam membincangkan masalah
perhubungan atau rumahtangga terutama sekali hubungan suami isteri.
Kita sambung lagi…
“CEMBURU
SIFAT ORANG BERIMAN:
Allah
Subhanahu wa Ta’ala sangat-sangat bersifat ghairah (cemburu), Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam juga sangat-sangat bersifat ghairah (cemburu),
begitu juga sahabat2 (Radhiallahu ‘anhum) dan orang-orang dahulu (salaf)
daripada umat Islam. Sebenarnyanya cemburu adalah suatu sifat orang-orang yang
beriman.
Di dekan
ala Eropah sekarang, seolah-olah menghapuskan perasaan cemburu sebagaimana yang
terdapat dalam Islam, bahkan perasaan atau sifat cemburu itu hampir-hampir
tiada di kalangan setengah keluarga Islam sehingga mereka sanggup membiarkan
anak-anak dan isteri serta kaum kerabat mereka bercampur gaul dengan laki-laki
yang halal nikah. Boleh dikatakan mereka itu lebih hamper kepada sifat dayus.”
Membaca isi kandungan di atas,
memang jelas kepada kitani bahawa ada sesetengah ibubapa memilih untuk bersifat
‘terbuka’ atau ‘open mind’ dengan alasan bahawa zaman semakin moden, zaman IT… jadi
anak-anak kurang sesuai untuk dikongkong, walhal mereka tidak sedar bahawa
perbuatan keterlaluan itu lebih menjurus kepada sifat ‘dayus’…
renung-renungkan!
Mungkin sesetengah kita kurang
tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘dayus’? atau mungkin masih samar-samar apa
sebenarnya sifat ‘dayus’ ini? Penulis iaitu Allahyarham menjelaskan…
“Maksud
dayus itu ialah membiarkan secara mudah dan meluas pergaulan bebas akan anak
isteri dan kerabat mereka. Hukum orang dayus ini ialah berdosa besar dan tiada
ia mencium bau surga.”
Itulah penjelasan pendek tetapi
cukup jelas, maksud dayus dan hukumnya… bahkan penghujungnya diperingatkan
kepada kitani akibat dari perbuatan tersebut yang cukup mengerunkan… semoga
kitani dijauhi daripada sifat tersebut. Muhasabah diri, Insy Allah kita akan
terhindar dari sifat mazmumah (hina) ini…
Sekian, kita akan sambung lagi
Insya Allah…
(1)
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan