Bagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bergurau?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تُدَاعِبُنَا قَالَ إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَّا حَقًّا
Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu dia berkata: mereka mengatakan,
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau bergurau dengan kami." Baginda
menjawab:
"Sesungguhnya aku tidak berbicara selain kebenaran."
(Riwayat at-Tirmizi)
Apakah gurau senda yang dilarang?
Gurauan yg terlalu berlebihan dan dilakukan secara berterusan kerana
gurauan dengan cara tersebut sudah pasti akan menyebabkan ketawa dan
mengeraskan hati dan yang utama ia menghalang serta melalaikan dari
berzikir kepada Allah dan berfikir tentang urusan agama. Sedang gurau
senda yang benar dan jarang-jarang dilakukan sebagaimana baginda lakukan adalah
harus.
Perihal bergurau senda sebagaimana yang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
lakukan adalah demi kemashlahatan, menyegarkan jiwa orang yang diajak bicara dan
berlemah lembut dengannya. Bergurau seperti ini tidaklah dilarang bahkan
ianya disunatkan.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan