Maaf… memang tidak
mudah memberi atau meminta maaf. Apatah lagi ketika hati diselubungi rasa
benci, marah, dendam, sakit dan pedih. Hendak senyum pun rasa susah dan berat…
Manakala bagi orang yang hendak meminta maaf pula, rasa takut, bersalah,
berdosa, ego, sombong, angkuh, tidak mengaku kesalahan diri… berdalih serta
menipu diri sendiri yang dia telah melakukan dosa tersebut.
Dalam surah al-Baqarah ayat 237, Allah Subhanahu wa Taála berfirman:
Dalam surah al-Baqarah ayat 237, Allah Subhanahu wa Taála berfirman:
وَأَنْ تَعْفُوا أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
Tafsirnya:
“Kalau kamu memaafkan,
maaf itu lebih dekat kepada Taqwa.”
Dari ayat di atas
difahami bahawa antara
ciri-ciri orang yang bertaqwa ialah dia tidak mudah marah apabila orang lain
melakukan kesilapan terhadap dirinya. Malah dia sentiasa berlapang dada dan
memaafkan kesilapan tersebut. Dia sedar bahawa setiap makhluk itu melakukan
kesilapan dan hanya Allah saja yang berhak membalasnya. Firman Allah dalam
Surah Ali Imran ayat 134:
الَّذِينَ
يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Tafsirnya:
“Iaitu orang yang menafkahkan (mendermakan) hartanya pada masa
senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan
kesalahan orang lain. (Ingatlah) Allah mencintai orang yang berbuat
kebajikkan.”
Inilah antara ayat yang perlu
dijadikan motivasi bagi umat Islam agar menahan perasaan marah dan ikhlas dalam
memberi maaf, serta melakukan kebaikan yang lain sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ayat yang tersebut di
atas. Jelas bahawa Allah memberikan kedudukan serta kasihNya yang amat tinggi
nilainya kepada ‘mereka-mereka’ yang sangat istimewa.
Memanglah berat dan amat susah untuk melupakan perlakuan yang tidak wajar oleh seseorang terhadap kita. Apatah lagi jika kita merasakan bahawa kita telah dianiaya atau dizalimi. Tidak hairanlah mengapa ada yang sampai bertindak diluar batasan kerana dendam, bukan setakat membela diri bahkan melampaui dari apa yang diterimanya.
Dalam perkara ini, umat Islam perlu menghayati firman Allah dalam surah asy-Syura ayat 39-40:
وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنْتَصِرُونَ (39)

وَجَزَاءُ
سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (40)
Tafsirnya:
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.”
Melalui ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa mempertahankan diri terhadap kezaliman amatlah digalakkan dan merupakan langkah yang bijak. Janganlah kita mudah melenting apabila rasa dizalimi, dianiaya atau diperlakukan secara tidak adil oleh orang lain. Apa yang penting kita perlu bertindak sebagaimana yang dianjurkan.

Perlu diingat bahawa membela diri
perlulah ditekankan khususnya dalam konteks perlakuan zalim yang berat yang
akan meninggalkan kesan yang amat kronik, bukan saja kepada individu bahkan
juga sekeliling seperti kejadian penindasan, penderaan, ketidakadilan atau
kekerasan. Perkara serupa ini perlu dicegah dan dihentikan daripada berterusan
sebelum mencetuskan mudharat yang lebih besar.
Yakinlah bahawa maaf itu sebetulnya satu rahmat Allah kepada semua...
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan