Wednesday, October 07, 2015

AYAT BASMALAH



بسم الله الرحمن الرحيم
Ayat Basmalah iaitu بسم الله الرحمن الرحيم  bermaksud “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih”. Apabila hendak membaca al-Quran, kalimah yang dibaca terlebih dahulu ialah ayat basmalah. Kalimah basmalah walaupun bukan ayat yang pertama diturunkan tetapi ia adalah ayat yang mula-mula termaktub di dalam mushaf al-Quran. Di antara kelebihan ayat ini ialah:
1  Setiap pekerjaan yang didahului dengan membaca basmalah akan mendapat berkat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu
كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ
Maksudnya:  Setiap percakapan atau urusan yang tidak dimulakan dengn menyebut nama Allah ‘Azza wajalla, maka ia terputus daripada berkat Allah”

2   Apabila diamalkan sebelum keluar rumah membaca ayat basmalah dan memohon agar mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَالَ يَعْنِي إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ يُقَالُ لَهُ كُفِيتَ وَوُقِيتَ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “sesiapa yang membaca ketika hendak keluar dari rumahnya:    
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
cukuplah kamu dan terpeliharalah kamu dan terlepaslah kamu daripada syaitan”

3  Ubat penawar untuk tubuh badan yang sakit sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim bahawa Otsman bin al-‘Ash ats-Tsaqafy pernah mengadu rasa sakit-sakit badan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sejak beliau masuk Islam. Maka bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepadanya:
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Maksudnya: “Letakkan tanganmu di atas badanmu yang sakit dan bacalah 3 kali بسم الله الرحمن الرحيم dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kemudian bacalah 7 kali:
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan apa yang aku dapati dan aku takuti.
والله أعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan