Thursday, February 23, 2012

NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM

"Negaraku Brunei Darussalam" merupakan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan negara kita ke 28 bagi tahun ini, membawa makna yg mendalam dan erti yg tersirat yg harus dihayati oleh segenap pelusuk rakyat.

Ini termasuklah menghormati bendera yg merupakan simbol kedaulatan dan kebangsaan negara yg telah tertulis padanya "Sentiasa membuat kebajikan atau kebaikan dengan petunjuk" disamping menjadi salah satu antara bukti falsafah negara 'Melayu Islam Beraja', mengikut aqidah Ahli Sunnah Waljama'ah dan juga sebuah negara Zikir.

Sebagai tanda syukur kita sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam, kita hendaklah sentiasa memberi sokongan bagi membangun dan memajukan negara kita kearah kecemerlangan, kejayaan dan keamanan negara berteraskan keikhlasan, kejujuran, sifat amanah dan juga berlandaskan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam agar negara kita akan menjadi sebuah negara 'Baldatun Tayibatun Warabbun Ghaffur' iaitu negara yg aman makmur dan mendapat keampunan Allah.

Kefahaman mengenai tema tahun ini iaitu "Negaraku Brunei Darussalam" perlu dihayati oleh setiap lapisan mesyarakat kerana ia adalah bukti kasih sayang kita kepada negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat utk mentaati, menyumbangkan jasa dan bakti kepada kemajuan negara, menitikberatkan akhlak dan budi pekerti yg mulia dgn menjadikan Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam sebagai contoh dan tauladan sebagai 'role model' yg sempurna disamping menstabilkan penerapan didikan agama dan ilmu pengetahuan dlm pelbagai bidang agar selaras dgn perkembangan yg pesat.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yg diriwayatkan oleh riwayat al Imam at-Tirmidzi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"إِنَّ أَكْمَلَ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا"

Yg bermaksud: "Sesungguhnya mukmin yg paling sempurna keimanannya adalah yg paling bagus akhlaknya."

Kepentingan dlm menerapkan akhlak yg terpuji didalam diri setiap individu kerana ia adalah antara cara utk menghindarkan diri dari meluasnya perbuatan keji dan mungkar didalam sesebuah negara. Firman Allah Subhanahu waTa'ala dlm surah al-Kahfi ayat 110:

"فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا"

Yg tafsirnya: "Maka barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh (memperbaiki akhlak) dan jangan lah ia mempersekutukan apa pun dlm beribadah kepada Tuhan (bersih dari segala kotoran hawa nafsu).

Berbalik mengenai cara utk mempertahankan maruah negara agar kekal berdaulat, beragama dan berbangsa mengikut cara Brunei yg tulin seseorang itu perlu:

- Melaksanakan tuntutan agama dlm perkara aqidah, syariat dan akhlak setiap masa dan keadaan.

- Menjaga maruah, keturunan dan harga diri melalui ukhwah dan kestabilan ekonomi dan politik.

- Memperkayakan diri dgn ilmu pengetahuan sama ada faedah didunia mahupun utk kebaikan diakhirat.

-Menjaga kesihatan utk mengekalkan generasi yg kuat dari segi mental dan fizikal. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yg diriwayatkan oleh Imam Muslim: 

"المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأَحبُّ إلى الله مِن المؤمنِ الضَّعيف"

Yg bermaksud: "Seorang mukmin yg kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah dari seorang mukmin yg lemah."

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan