Alhamdulillah,
kita amat bersyukur kepada Allah Subhanahu waTa'ala kerana dengan rahmat-Nya
kita dipertemukan lagi dengan bulan Sya'ban pada tahun ini iaitu bulan yang
penuh dengan keberkatan dan rahmat, di mana pada bulan ini, kita digalakkan
untuk meningkatkan segala amal ibadat yang berkebajikan. Bulan Sya'ban adalah
antara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan tersendiri, maka
seharusnyalah kita sebagai kaum Muslimin menyambut dengan rasa syukur dan
memuliakannya dengan memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah Subhanahu
waTa'ala.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam ada mengajarkan dan menyarankan umatnya tentang amalan-amalan yang Baginda sering lakukan di bulan tersebut. Antaranya ialah memperbanyakkan puasa sunat, sebagaimana hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang maksudnya:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam ada mengajarkan dan menyarankan umatnya tentang amalan-amalan yang Baginda sering lakukan di bulan tersebut. Antaranya ialah memperbanyakkan puasa sunat, sebagaimana hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang maksudnya:
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ
وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ
وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
"Dari Abi Salmah, dari Aisyah Radiallahu 'anha berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Sya'ban".
Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Sya'ban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Sya'ban'. Adapun malam Nisfu Sya'ban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majjah
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ
"Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahu 'anha berkata: Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah Subhanahu waTa'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Sya'ban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu waTa'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing Kabilah Bani KaliB"
Di samping itu, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Sya'ban ini dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam melakukan perkara-perkara bid'ah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Sya'ban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada tsabit dalam ajaran Islam.
Oleh
itu sama-samalah kita menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan
membuat perkara sunat yang bertepatan mengikut apa yang telah diajarkan kepada
kita. Semoga amalan dan ibadah yang kita kerjakan mendapat rahmat dan
pengampunan daripada Allah Subhanahu waTa’ala.. amin..
*MB2/MB3*
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan