Part 1
Hadits Riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
المُؤمِن القَوِي خيرٌ مِنَ المؤمن الضَّعِيف
Maksudnya:
Orang Mu’min yang kuat lebih baik daripada orang mu’min yang
lemah.
Islam mengalakkan umatnya menjadi kuat dan mencari jalan
untuk kuat. Kekuatan fizikal dan mental lazimnya dikaitkan dengan pemakanan dan
senaman atau riadhah (sukan). Amalan bersenam atau bersukan adalah sesuatu yang
amat berfaedah kepada kesihatan manusia. Ianya merupakan salah satu unsur yang
menjurus kepada kecerdasan mental seperti dalam pepatah ada menyebutkan “minda
yang cerdas bermula dari badan yang sihat.” Oleh itu Islam sebagai agama yang syummul
amat mengambil berat mengenai kesihatan fizikal, mental dan spiritual.
Apabila individu muslim itu sihat maka ia mempunyai
kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cerdas untuk melaksanakan apa sahaja tugas
yang diamanahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu waTa’ala serta tanggungjawab
yang dipikulnya dalam sebuah organisasi, unit, persatuan, rumahtangga atau
masyarakat. Mereka yang aktif bersukan akan menjadikan badan sihat dan dapat
menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan
serta membawa kepada kecemerlangan hidup.
Pada zaman serba moden ini pelbagai jenis sukan telah
diperkenalkan dan kita perlu sedar bahawa sukan pada hari ini bukan sahaja
sebagai aktiviti riadhah akan tetapi ia lebih luas peranannya iaitu dikaitkan
dengan ekonomi, status dan lambang kemajuan sesebuah negara. Oleh itu kita
sebagai seorang muslim hendaklah mengikut adab-adab Islam dalam bersukan
diantaranya ialah:
·
Bersukan mengikut fitrah:
Setiap sukan yang hendak diikuti
mestilah mengikut fitrah masing-masing. Lelaki biasanya dikaitkan dengan
kegagahan dan ketangkasan. Sukan seperti menunggang kuda hanya khusus untuk
lelaki memandangkan ianya adalah permainan yang lasak. Manakala perempuan pula
disifatkan dengan kelembutan dan keperibadiannya yang pemalu. Maka mereka diharuskan
bersukan dengan apa sahaja jenis yang sesuai dengan kelembutannya seperti
berlari atau berjalan kaki, asalkan ianya dibatasi dengan hokum-hukum syara’.
Disebabkan perbezaan fitrah
inilah, misalnya sukan bolasepak hanya sesuai untuk lelaki kerana ianya
memerlukan kelasakan, malahan perbuatan menendang bola amat tidak sesuai untuk
perempuan dan bertentangan dengan fitrah yang telah ditetapkan bagi perempuan
yang bersifat lemah lembut.
Bersambung dikeluaran akan datang….
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan