Sambungan dari Part 1…
Adab Bersukan – (PART 2)
Menutup aurat:
Menutup aurat bukan hanya diwajibkan didalam waktu sembahyang
shaja tetapi ianya dituntut dimana sahaja selagi berada ditempat terbuka atau
berada dihadapan ajnabi, lelaki atau perempuan yang halal dinikahi.
Firman Allah Subhanahu waTa’ala dlm surah al-Ahzaab ayat 59:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ
وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ
ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Tafsirnya:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat tersebut menunjukkan akan pentingnya menutup aurat
apatah lagi pada zaman sekarang, pengaruh dan gejala negatif semakin
berleluasa. Dengan itu, adalah menjadi satu kewajiban untuk menghadkan pakaian
kita dalam bersukan. Islam tidak menetapkan fesyen pakaian yang tertentu dalam
bersukan tetapi apa yang penting ialah pakaian sukan tersebut hendaklah
menepati syarat-syarat yang ditentukan dalam syara’.
Segala jenis sukan yang memaksa seseorang menggunakan
pakaian yang bertentangan dengan hukum syara’ adalah wajib untuk dtinggalkan. Tiada
alas an untuk terpaksa menggunakan pakaian-pakaian yang nipis, jarang atau
ketat hanya kerana ingin mengikut adat kebiasaan atau mengelakkan panas atau
inginkan keselesaan semasa bersukan.
Sukan yang tidak memudharatkan:
Firman Allah Subhanahu waTa’ala dalam surah al-Baqarah ayat
195:
وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Tafsirnya:
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam
bahaya kebinasaan.
Ayat ini jelas menunjukkan akan haramnya melakukan sesuatu
yang boleh membawa kepada kemudharatan diri sendiri ataupun orang lain. Malahan
ulama telah bersepakat bahawa apa sahaja penyebab bahaya yang menjurus kepada
kehancuran adalah wajib untuk dtinggalkan begitu juga sukan-sukan yang
memudharatkan dirinya sendiri atau memudharatkan orang lain.
bersambung dikeluaran akan datang.... insya Allah..
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan