Di
dalam Surah al-Baqarah terdapat satu ayat utama yang dinamakan ayat kursiy.
Ayat Kursiy ini adalah ayat yang ke 255, mengandungi 170 huruf, 50 kalimah dan
9 ayat yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Ayat ini
merupakan ayat yang paling mulia dan agung di dalam al-Quran, sebagaimana
dijelaskan dalam sebuah hadits riwayat Imam Muslim daripada Ubay bin Ka’ab yang
menyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
bersabda:
أَفْضَلُ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
وَأَعْظَمُ آيَةٍ فِيهِ آيَةُ الْكُرْسِيِّ
Maksudnya: “Surah
yang paling afdhal dalam al-Quran ialah Surah al-Baqarah dan ayat yang paling
mulia dan agung di dalamnya adalah ayat Kursiy”
Di antara keistimewaan dan kelebihan ayat kursiy
ini ialah :
1.
Sesiapa yang
membaca ayat kursiy setiap kali selepas menunaikan sembahyang, dia akan
memperolehi perlindungan daripada
Allah subhanahu wa Ta’ala. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadits
riwayat Imam ath-Thabarani menceritakan bahawa Abdullah bin Hassan dari bapanya
dari datuknya, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ الصَّلاةِ
الْمَكْتُوبَةِ كَانَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ إِلَى الصَّلاةِ الأُخْرَى
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca
ayat kursiy setiap kali selepas sembahyang fardhu, dia akan berada dalam
perlindungan Allah sehingga ke sembahyang yang lain.”
2.
Di dalam kitab
ad-Dur al-Mantsur daripada Ibn Mas’ud katanya: telah bertanya seorang lelaki
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : Ya Rasulullah!
Ajarkanlah aku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku. Baginda
bersabda:
اِقْرَأْ آيَةَ
اْلكُرْسِيّ فَإِنَّهُ يَحْفَظُكَ وَذُرِّيَّتُكَ وَيَحْفَظُ دَارُكَ, حَتَّى
الدُّوَيْرَاتِ حَوْلَ دَارُكَ
Maksudnya: “Bacalah ayat kursiy
sesungguhya ia akan menjagamu, zuriatmu, rumahmu malah setiap penjuru sekitar
rumahmu”.
3. Ayat kursiy
apabila dibaca sebelum tidur, Insya Allah tidak akan diganggu oleh syaitan
dengan mimpi-mimpi atau sebagainya. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadits
riwayat Imam ad-Darimi daripada Ibnu Mas’ud ia berkata:
مَنْ
قَرَأَ أَرْبَعَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ وَآيَةَ الْكُرْسِىِّ
وَآيَتَانِ بَعْدَ آيَةِ الْكُرْسِىِّ وَثَلاَثاً مِنْ آخِرِ
سُورَةِ الْبَقَرَةِ لَمْ يَقْرَبْهُ وَلاَ أَهْلَهُ يَوْمَئِذٍ
شَيْطَانٌ وَلاَ شَىْءٌ يَكْرَهُهُ ، وَلاَ يُقْرَأْنَ عَلَى مَجْنُونٍ إِلاَّ
أَفَاقَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca
empat ayat dari awal surah al-Baqarah,
ayat kursiy, dua ayat setelahnya dan tiga ayat terakhir dari surah
al-Baqarah,maka tidak ada syaitan pun yang mendekati dirinya dan keluarganya
pada hari itu, serta tidak ada pula sesuatupun yang ia benci (mendatangkan
mudharat baginya). Tidaklah dibacakan ayat-ayat tersebut kepada orang gila,
kecuali ia pasti sedar.
Dalam hadits riwayat Imam al-Bukhari
juga ada menjelaskan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu,Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ
يَزَالَ عَلَيْكَ مِن اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا
يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: Jika engkau berbaring
ditempat tidurmu, bacalah ayat kursiy. Dengan demikian, penjaga dari
Allah tidak akan meninggalkanmu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga
subuh.”
4. Menurut Kitab
Sunan ad-Darimi, sesiapa yang membaca ayat kursiy dan surah al-Mu’min dari ayat
satu hingga ayat tiga diwaktu pagi, dia tidak akan melihat sesuatu yang dibencinya
sehingga petang, dan jika dia membacanya pada waktu petang, dia tidak akan
melihat sesuatu yang dibencinya sehingga pagi.
مَنْ
قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِىِّ وَفَاتِحَةَ حم الْمُؤْمِنِ إِلَى قَوْلِهِ (إِلَيْهِ
الْمَصِيرُ) لَمْ يَرَ شَيْئاً يَكْرَهُهُ حَتَّى يُمْسِىَ،
وَمَنْ
قَرَأَهَا حِينَ يُمْسِى لَمْ يَرَ شَيْئاً يَكْرَهُهُ حَتَّى يُصْبِحَ
Maksudnya: Sesiapa yang membaca
ayat kursiy dan ayat pembuka surat al-Mu’min حم sampai firmanNya إِلَيْهِ
الْمَصِيرُ
(Dan hanya kepadaNyalah kembali (semua makhluk), maka ia tidak akan melihat
sesuatu dibencinya sehingga petang. Dan sesiapa yang membacanya ketika berada
diwaktu petang maka ia tidak akan melihat sesuatu yang dibencinya hingga pagi
hari.”
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan