Selawat
adalah doa yang merupakan sanjungan kepada kebesaran Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam agar baginda selalu mendapat limpahan rahmat dari Allah Subhanahu
wa Ta`ala.
Berselawatlah
dengan niat yang ikhlas kerana Allah agar baginda Rasulullah Shallallahu
`alaihi wasallam selalu mendapat limpahan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala
dan janganlah berselawat semata-mata hanya untuk meraih kelebihan-kelebihan
yang disebutkan alam buku ini.
Anjuran Berselawat
Allah
berfirman:
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(56)
Tafsirnya:
“Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan kepada Nabi Muhammad Shallalhu `alaihi wasallam),wahai orang-orang
yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah
al-Ahzab:56)
Dari
Abu Hurairah radhiallahu `anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam bersabda:-
رَغَمَ
أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Maksudnya:-
Seseorang
umat hina, jika namaku disebutkan di sisinya lalu ia tidak mengucapkan selawat
kepadaku.
(riwayat
at-Tirmidzi)
Dari
Ali radhiallahu `anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam
bersabda:-
اَلْبَخْلُ
الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Maksudnya:-
Orang
yang bakhil (kikir) itu ialah orang yang (jika) namaku disebut di sisinya, maka
ia tidak mahu mengucapkan selawat kepadaku.
(riwayat
at-TIrmidzi).
Kelebihan Selawat
Dari
Abu Hurairah radhiallahu `anhu, Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam bersabda:
مَنْ
صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
Maksudnya:-
Sesiapa
mengucap selawat sekali kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya
sepuluh kali.
(riwayat
Imam Muslim).
Dari
Abdullah bin Mas`ud radhiallahu `anhu bahawasanya Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam bersabda:-
أَوْلَى
النَّاسِ فيْ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً
Maksudnya:-
Manusia
yang paling utama bersamaku (nanti) pada hari kiamat, ialah orang yang paling
banyak mengucapkan selawat kepadaku.
(riwayat Imam at-Tirmidzi).
Dalam
hadits lain ada disebutkan:
اَكْثَرُواْ
الصَّلاَةَ عَلَيَ فَإِنَّ صَلاَتِكُمْ عَلَيَّ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوْبِكُمْ
وَاطْلُبُواْ لِى الدَّرَجَةَ وَالْوَسِيلَةَ فَإِنَّ وَسِيْلَتِيْ عِنْدَ رَبِّي
شَفَاعَةِ لَكُمْ.
Maksudnya:-
Perbanyakkanlah
membaca selawat kepadaku, kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu kepadaku
boleh mengampuni dosa-dosa kamu. Dan mintalah kepadaku darjat dan wasilah
(perantaraan), maka sesungguhnya wasilahku itu di sisi Tuhanku merupakan syaat
(pertolongan) kepada kamu.
(riwayat
Ibnu `Asakir dari Hasan bin Ali)
Nabi
Muhammad Shallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:-
مَنْ
صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا صَلَوَاتٍ وَحَظَّ عَنْهُ عَشْرًا خَطِيْئَاتٍ
Maksudnya:-
Barangsiapa
membaca selawat kepadaku sekali, maka Allah memberi kepadanya sepuluh rahmat
dan dihapus daripadanya sepuluh kejahatan.
(riwayat
Imam Ahmad).
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan