Monday, August 24, 2015

SELAWAT AN-NARIYAH DAN KHASIATNYA


Selawat an-Nariyah disebut juga selawat at-Tafijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta`ala. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya a mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau dalam menghadapi orang yang berniaat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addinuri rahimahumullah, Barangsiapa membaca selawat ini setiap kali lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi.

Dan kata Imam al-Qurtubi pula, Siapa membaca selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali, nescaya Allah Ta`ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

Menurut satu riwayat  berkata Syed Muhammad Haki, pengasas WiridvKhaujakan (خوجكان) dia telah mengajarkan sekwat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali daam masa lapan hari, maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.

Bacaannya ialah :-
اَللَّهُمَّ صّلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِى تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقََدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الْرَغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلٌوْمٍ لَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilh kesejahteran yang sempurna kepada junjungan Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan sertadidatanginya semua hajat dan diperoleh senya pemberian serta husnul khatimah (kesudahan hayat yang baik) dan diturunkan siraman mendung (hujan) kerana keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui olehMu, wahai Tuhan  yang Menguasai seluruh alam.

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan