Agama Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya untuk sentiasa berbuat baik dan berlaku adil dengan semua orang termasuklah orang-orang yang bukan beragama Islam, tidak kira dari kalangan keluarga, saudara mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita, selama mana mereka tidak memusuhi Islam. Perkara ini ada dijelaskan menerusi firman Allah dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 terjemahannya:
' Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama(kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.'
Perlu difahami, sebaik sahaja seseorang itu telah memeluk agama Islam, bukan bermaksud dia boleh memutuskan hubungannya dengan keluarga, sanak saudara serta rakan-rakannya yang berlainan agama, malah Islam tidak melarang dari terus berhubungan asalkan mengikut batas-batas syariat Islam dan tidak ada perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
Terdapat persoalan, apakah hukumnya jika orang yang beragama Islam menghadiri majlis pengebumian orang yang bukan beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau sahabat handai. Dalam hal ini, para ulama secara ringkas telah menjawab persoalan ini iaitu:
- Jika orang yang bukan beragama Islam yang meninggal dunia itu, terdiri daripada kaum keluarga kepada orang Islam seperti ibu atau bapa, maka diharuskan baginya hadir pada hari kematian keluarganya yang bukan beragama Islam itu dan mengiringinya ke tanah perkuburan. Juga diharuskan jika orang yang bukan beragama Islam yang meninggal dunia itu di kalangan jiran atau teman. Namun begitu, ketika menghadirinya, hendaklah berada jauh dari mayat, termasuklah juga tidak mengikut mana-mana perbuatan atau perkara yang dilakukan oleh orang bukan Islam ketika majlis pengebumiannya, apatah lagi untuk menyertai apa jua acara khusus keagamaan mereka.
- Jika orang yang bukan beragama Islam yang meninggal dunia itu , bukan daripada ahli keluarga, maka adalah haram bagi orang Islam yang hidup untuk hadir pada hari kematian orang yang bukan beragama Islam itu dan mengiringinya ke tanah perkuburan.
Mengenai ucapan ta'ziah jika orang yang meninggal dunia itu seorang Muslim atau seorang yang bukan beragama Islam daripada keluarga yang dihormati, maka ucapan ta'ziah kepada ahli keluarga yang bukan beragama Islam itu adalah harus malah sunat hukumnya jika mengharapkan keislaman mereka.
Terdapat perbezaan dari segi bentuk ucapan ta'ziah untuk orang yang bukan beragama Islam daripada orang Islam.
Pertama: Jika orang yang meninggal itu daripada kalangan ahli keluarga mereka yang beragama Islam:
' Semoga Allah mengampuni mayat keluargamu dan mengelokkan kesabaranmu.'
Kedua: Jika orang yang meninggal itu seorang yang bukan beragama Islam:
' Semoga Allah memberikanmu penggantinya.'
Terdapat perbezaan dari segi bentuk ucapan ta'ziah untuk orang yang bukan beragama Islam daripada orang Islam.
Pertama: Jika orang yang meninggal itu daripada kalangan ahli keluarga mereka yang beragama Islam:
' Semoga Allah mengampuni mayat keluargamu dan mengelokkan kesabaranmu.'
Kedua: Jika orang yang meninggal itu seorang yang bukan beragama Islam:
' Semoga Allah memberikanmu penggantinya.'
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan