Dalam kehidupan seharian kita tidak lepas dari pergaulan
berinteraksi dan bekerjasama dengan lapisan masyarakat sama ada ahli keluarga,
sanak saudara, jiran tetangga, rakan taulan dan orang-orang lain yang kita
temui. Dalam pergaulan tersebut ada kewajipan dan hak-hak setiap individu yang
perlu kita jaga dan hormati, yang semuanya terkandung dalam akhlak ketika
bergaul.
Akhlak mulia dalam pergaulan telah diajarkan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam kepada umat manusia khususnya umat Islam, bersesuaian
dengan ketentuan yang terdapat dalam al-Quran dan al-hadits. Akhlak
mencerminkan dan menggambarkan kemuliaan atau keburukan personality individu.
Oleh itu akhlak yang baik sangat penting dalam mewujudkan masyarakat harmoni
sejahtera serta kehidupan yang bermakna dan bermartabat sesuai dengan apa yang
disyariatkan Allah subhanahu wata’ala. Ini telah dijelaskan dalam firman Allah
Ta’ala dalam surah a-li ‘Imran ayat 104 tafsirnya: “dan hendaklah ada di
antara kamu segologan umat yang menyeru kepada kebajikan (kebaikan) dan
menyuruh (berbuat) yang ma’ruf serta melarang daripada yang mungkar. Dan mereka
itulah orang yang mendapat kemenangan”.
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah Subhanahu wata’ala
menyuruh kita berbuat kebaikan dan ianya terkandung dalam akhlak terpuji
(mahmudah) serta melarang kita dari berakhlak buruk atau tercela (mazmumah).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai penyempurna
akhlak. Sifat-sifat dan keperibadian baginda merupakan contoh akhlak yang
paling baik dan tiada bandingannya. Keagungan akhlak baginda melebihi semua
akhlak manusia yag ada di dunia ini.
Kesempurnaan keperibadian baginda dapat dilihat melalui amalan-amalan baginda. Baginda
mempunyai misi yang sangat mulia iaitu membentuk akhlak yang mulia dan sempurna
bagi umat manusia sebagaimana yang Allah subhanahu wata’ala kehendaki.
Sesuailah dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِنَّمَا
بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang
salih”
Baginda telah meletakkan matlamat ini dalam diri baginda dan
peningkatan akhlak yang dilakukan telah dijadikan prinsip hidup baginda,
sehingga apabila mendapati seseorang melakukan suatu perbuatan yang tidak
bermoral, maka baginda memberi peringatan pada ketika itu juga.
Di antara akhlak-akhlak terpuji
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dapat dilihat dari pelbagai
sudut, antaranya:-
i Akhlak Rasulullah Shallallahu
‘alaihi Wasallam dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala
·
Mengabdikan
diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan
kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping
redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.
·
Melaksanakan
kewajipan yang wajib atau yang difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti
bangun malam mengerjakan Qiamullail, berpuasa, zikir, istighfar, memperbanyak doa,
tasbih, tahmid dan sebagainya.
ü Akhlak Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam dengan sesama manusia:
·
Akhlak
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam meliputi aspek kekeluargaan,
sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam berjaya mewujudkan suasana yang harmoni.
·
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan seorang yang bertanggungjawab,
sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur, bukan saja
terhadap semua ahli keluarganya, bahkan juga kepada yang lain.
·
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam juga selalu berbincang dengan para sahabat
dan menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka.
·
Begitu
juga akhlak dan sikap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap
orang bukan Islam iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya
kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan
seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita Yahudi tersebut telah
memeluk Islam atas keperihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak yang
ditonjolkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
·
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam begitu peka dan prihatin terhadap makhluk
yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.
·
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada
haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyeksa mereka.
Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.
Demikianlah di antara akhlak
baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang di sebaliknya
mempunyai pengertian, keistimewaan yang besar serta membawa sejuta hikmat.
Memang wajar bagi diri kita, bermuhasabah diri dan mengamalkan sebagaimana
akhlak-akhlak mahmudah baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
akhlak yang sangat agung dan sempurna khususnya di dalam menghadapi kehidupan
sebagai hamba Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan