Menjaga pandangan mata daripada melihat dari hal-hal
yang diharamkan oleh Allah sebenarnya merupakan akhlak yang mulia dan bukti lambang jiwa ketaqwaan di dalam jiwa
seseorang hamba.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah an Nur ayat 30
tafsirnya: ’ Katakanlah ( wahai Muhammad )kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram
) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka ;
sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan.’
Malah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pernah
menjamin syurga bagi sesiapa yang menjaga pandangan.
Dari Umamah Radhiallahu
Anhu, Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: ’ Berilah jaminan
padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian syurga: Jika salah seorang
daripada kalian berkata janganlah berdusta, jika diberi amanah janganlah
berkhianat, jika berjanji janganlah mungkiri, tundukkanlah pandangan
kalian,cegahlah tangan-tangan kalian (daripada menyakiti orang lain) dan
jagalah kemaluan kalian.’ Hadith riwayat at Thabrani.
Hakikat perintah menjaga pandangan daripada hal-hal
yang dilarang memang perkara yang amat sulit dan sukar ditinggalkan. Bahkan di
kalangan ahli ibadah sendiri pun masih bermujahadah untuk meninggalkannya
walaupun tanpa gangguan alam siber maupun media massa dan cetak.
Bersabda
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam di dalam sebuah hadith Qudsi :
’
Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah Iblis. Sesiapa yang
meninggalkannya kerana takut kepadaKu, maka Akan Aku gantikan dengan keimanan,
yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.’ Hadith riwayat at Thabrani dan al
Hakim.
I could not understand the language.
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racer .
Thanks