Menguap dengan tidak menutup mulut malah mengangkat bunyi
suara dengan kuat, bukan sahaja tidak sopan dan tidak elok dari pandangan
masyarakat malah perbuatan tersebut adalah tanda kerendahan peribadai dan
akhlak yang tidak baik dan perbuatan tersebut boleh menyebabkan syaitan ketawa
dan bersorak gembira.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
’ Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang
dari kalian menguap, tahanlah ( dari menguap ) dengan sedaya upaya mungkin
kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap berbunyi ’HAA’ maka syaitan
akan mentertawakannya.’ Hadits riwayat al Bukhari.
Ini
berbeza pula, jika dilihat perbuatan menguap dari segi sains. Ia boleh
disifatkan sebagai membantu seseorang lebih sedar keadaan di sekelilingnya.
Malah ia berlaku apabila terjadi kekurangan oksigen dalam tubuh seseorang,
iaitu berkaitan dengan keadaan fizikal yang letih dan rasa ngantuk.
Islam menetapkan adab-adab ketika menguap. Antaranya:
- Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama sekali ketika sembahyang.
- Tutuplah mulut dan jangan biarkan ia terbuka terlalu luas.
- Menutup mulut dengan menggunakan bahagian belakang tangan kiri kerana telapak tangan kiri lebih digunakan untuk tujuan bertaharah.
- Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap
- Sunat mengucapkan selepas menguap dengan membaca:
أستغفر الله العظيم
You are great as your post.
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racer .
Thanks