Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha
Pemurah dan Maha Mengasihi para hambaNya. Petunjuk daripadaNya sentiasa menjadi
impian setiap negara Islam. Apabila sesebuah negara mengamalkan ajaran-ajaran
al-Quran dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta memenuhi
kriteria-kriteria sebuah negara yang mendapat petunjuk dari Allah Subhanahu
wa Ta’ala, selayaknya mendapat ganjaran yang besar nilainya disisi Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
“Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur” بلدة
طيبة ورب غفور))
Ungkapan arab بلدة
طيبة ورب غفور sering kita dengar dijadikan sebuah impian
yang hendak dicapai oleh sesebuah negara. Ungkapan tersebut adalah petikan
daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Saba’ ayat 15 yang
tafsirnya:
“Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba,
(diyaman) ada satu tanda yang membuktikan kemurahan Allah) terdapat di tempat
tinggal mereka iaitu dua kebun (yang luas lagi subur, sebuah) disebelah kanan
dan (sebuah lagi) di sebelah kiri. (lalu dikatakan kepada mereka): “makanlah
daripada rezeki (yang dikurniakan) Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya.
(Negara kamu ini ialah) negeri yang baik (aman dan makmur dengan buah-buahan
yang banyak) dan (tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun.”
Ayat ini sebenarnya mengisahkan tentang
penduduk sebuah tempat di Yaman iaitu Saba', yang dikurniakan kekayaan rezeki
dan keamanan. Mereka diperintahkan agar bersyukur kerana menerima ni’mat
kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh kerana itu negara tersebut
mendapat gelaran “Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur” iaitu negara
yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun. Akan tetapi, penduduk Saba’ ini telah
mengingkari suruhan Allah, lalu mereka ditimpa musibah banjir besar yang
melenyapkan ni’mat yang mereka rasai sebelum ini. sambungan kisah ini Allah Subhanahu
wa Ta’ala berfirman dalam surah Saba’ ayat 16-17 yang tafsirnya:
“Maka mereka berpaling ingkar lalu kami
menghantarkan kepada mereka banjir besar dan kami menggantikan dua buah kebun
mereka itu dengan kebun (yang ditumbuhi) pohon-pohon pahit buahnya dan pohon astl
(sejenis pohon cemara yang jarang berbuah) serta sedikit pohon bidara. Demikianlah
kami membalas mereka dengan sebab kekufuran mereka dan sebenarnya kami tidak menimpakan
balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang sangat kufur.”
Sewajarnya kita mengambil iktibar dan
pengajaran dari kisah umat terdahulu yang perlu direnungi sedalam-dalamnya. Jika
ingin membangun dan menegakkan sebuah negara yang terbaik dan cemerlang dengan
petunjuk Allah, maka wajib bagi kita mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala
dan mensyukuri ni’matNya serta menjauhi segala laranganNya.
Kesimpulan
Apabila sesebuah negara itu maju dan
membangun serta ditadbir selaras dengan petunjuk Allah, nescaya negara tersebut
akan dikukuhkan kedudukannya di muka bumi ini. Pemimpin dan rakyat serta seluruh
penduduknya terdiri daripada orang-orang yang benar-benar melaksanakan
kewajipan beragama dan meninggalkan segala larangan. Ini menepati firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala dalam surah al-Hajj ayat 41 yang tafsirnya: (iaitu) mereka
(umat Islam) yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang dan membayar zakat serta mereka menyuruh berbuat yang
ma’ruf dan melarang daripada mengerjakan yang mungkar. Dan kepada Allah jualah
kesudahan segala urusan.
Berdirinya sebuah negara adalah dengan
wujudnya orang-orang yang memiliki syakhsiah dan peribadi yang tinggi. Mereka
sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan dunia untuk bekalan dikemudian hari
yang lebih kekal. Semuanya ini kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
yang mentadbir dan mengaturkan segala urusan alam. Allah Subahanhu wa Ta’ala
sajalah yang memberi pengajaran, petunjuk dan hidayah bagi manusia. Negara dan
agama tidak terpisah, malah sama-sama dibangunkan untuk kehidupan manusia.
Kaedah utama untuk hidup bernegara dengan petunjuk Allah adalah dengan
mengamalkan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Mudah-mudahan negara dan kita semua tergolong dalam kalangan yang menerima
petunjukNya.
والله أعلم
بالصواب
Dipetik dari buku:
Bernegara Dengan
Petunjuk Allah
Terbitan Pusat
Da’wah Islamiah 1437H/2016M
Waow Nice Post. I really appreciate your effort. I am dying in love with this article.
ReplyDeleteIt's really full of research and hard working. I will share with my friends.
thanks for this article.
These are my Games Hope you love to play it.
Traffic Racing
Video Downlaoder
American Speed
Stunt Racing UK
HD Video Downloader
Traffic Racer
Flight Simulator
Really a great post as you said friend.
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racer .
Thanks