Saturday, August 19, 2023

KENALI SYURGA DAN NERAKA

 


Syurga dalam Bahasa Arabnya Jannah ialah sebuah tempat yang disediakan oleh Allah di akhirat nanti untuk orang yang melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Syurga yang disebut di dalam al-Qur’an adalah suatu tempat yang penuh dengan keindahan, kebahagiaan dan kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas di dalam akal fikiran manusia. Syurga diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah khusus bagi hamba-Nya yang bertaqwa sesuai dengan firman-Nya dalam surah asy-Syu’ara ayat 90 :

:وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ 9

Terjemahan Makna Ayat:

“Dan (pada hari itu) didekatkan (dan diperlihatkan) syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.”

 

Perkataan neraka dalam Bahasa Arabnya ialah an-Nar (النار) dan ia berasal dari Bahasa Ibrani yang bermaksud unggun api. Di dalam al-Qur’an disebut Nar atau Narul-Jahannam. Neraka disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai tempat balasan seksaan jin dan manusia yang ingkar akan perintah Allah dan rasul-Nya. Neraka itu seperti yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan hadits adalah tempat yang dipenuhi api yang sangat panas dan dahsyat. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu berhala sepertimana dalam surah al-Baqarah ayat 24:

:فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“..maka dengan sebab itu hendaklah kamu takut kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia (orang kafir) dan batu-batu berhala yang disediakan bagi orang-orang kafir.”

 

NAMA-NAMA SYURGA          

1)      Syurga Firdaus

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Kahfi ayat 107 :

:إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan salih adalah bagi mereka syurga-syurga Firdaus sebagai tempat tinggal mereka.”

 

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Mu’minuun ayat 9-11:

 

:وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ 9  :أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡوَٰرِثُونَ 9

 :ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ 9

Terjemahan Makna Ayat :

9. “Dan orang-orang yang tetap memelihara sembahyang mereka”. 10. “Mereka itulah pewaris-pewaris.” 11. “Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”

 

2)      Syurga ‘Adn

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Thaahaa ayat 76 :

:جَنَّٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ مَن تَزَكَّىٰ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“(Iaitu) syurga-syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah ganjaran (bagi) sesiapa yang mensucikan diri (daripada kufur dan ma’siat).”

3)      Syurga Na’im

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Luqman ayat 8 :

:إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلنَّعِيمِ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan salih, bagi mereka syurga-syurga yang penuh ni‘mat.”

4)      Syurga Ma’wa

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah as-Sajdah ayat 19:

:أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلَۢا بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan salih maka bagi mereka syurga Ma’wa tempat tinggal mereka sebagai ganjaran apa yang mereka telah kerjakan.”

 

5)      Syurga Darussalam

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Yunus ayat 25:

:وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَىٰ دَارِ ٱلسَّلَٰمِ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Dan Allah menyeru manusia ke syurga Dârussalâm dan mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (agama Islam).”

6)      Syurga Daarul Muqaamah

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Faathir ayat 35 :

:ٱلَّذِيٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلۡمُقَامَةِ مِن فَضۡلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٞ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٞ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Tuhan yang menempatkan kami di tempat yang kekal (syurga) atas limpah kurniaNya. Di dalamnya kami tidak merasa penat dan tidak juga merasa lesu.”

7)      Syurga Maqaamul Amin

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah ad-Dukhaan ayat 51:

:إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٖ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa akan berada di tempat yang aman.”

8)      Syurga Khuldi

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Furqan ayat 15:

:قُلۡ أَذَٰلِكَ خَيۡرٌ أَمۡ جَنَّةُ ٱلۡخُلۡدِ ٱلَّتِي وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَۚ كَانَتۡ لَهُمۡ جَزَآءٗ وَمَصِيرٗا 9

Terjemahan Makna Ayat :

Katakanlah (wahai Nabi Muhammad): “Adakah (azab neraka) yang demikian itu lebih baik atau syurga yang kekal yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?” Syurga itu disediakan bagi mereka sebagai ganjaran dan tempat kembali.

 

NERAKA

1)      Neraka Jahannam

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Maryam ayat 86:

:وَنَسُوقُ ٱلۡمُجۡرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرۡدٗا 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Dan Kami akan menggiring orang-orang yang berdosa ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga.”

 

2)      Neraka Jahiim

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah asy-Syu’araa ayat 91:

9 وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ :

Terjemahan Makna Ayat :

“Dan dinampakkan dengan jelas neraka Jahîm kepada orang-orang yang sesat.”

3)      Neraka Hawiyah

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Qaari’ah ayat 8-11 :

: وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ 9  : فَأُمُّهُۥ هَاوِيَةٞ 9  : وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا هِيَهۡ 9  : نَارٌ حَامِيَةُۢ 9

Terjemahan Makna Ayat :

8. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (amal kebaikan)nya.    

9. Maka tempat kembalinya ialah neraka Hâwiyah

10. Dan tahukah engkau apakah neraka Hâwiyah itu?

11. (Iaitu) api yang sangat panas.

4)      Neraka Wail

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Muthaffifin ayat 1:

 : وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ 9

Terjemahan Makna Ayat :

“Celakalah bagi orang-orang yang menipu (dalam sukatan dan timbangan).”

5)      Neraka Sa’iir

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah an-Nisaa’ ayat 10:

: إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرٗا  إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرٗا  9

Terjemahan Makna Ayat :

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka. Dan mereka pula akan masuk ke dalam neraka yang menyala-nyala.”

 

6)      Neraka Saqar

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah al-Muddatstsir ayat 42-47:

: مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ 9 : قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ 9  : وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ 9 : وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ 9  : وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ 9 : حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ 9

Terjemahan Makna Ayat :

42. (Mereka berkata:) “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar?”

43. Orang-orang berdosa itu berkata: “Kami tidak termasuk dalam golongan yang mendirikan sembahyang.”

44. “Dan kami tidak memberi makan orang miskin.”

45. “Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian bersama-sama dengan orang-orang yang memperkatakan perkara yang salah.”

46. “Dan kami dahulu selalu mendustakan hari Pembalasan.”

47. “Sehinggalah datang kepada kami kematian.”

7)      Neraka Huthamah

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Humazah ayat 1-4:

: وَيۡلٞ لِّكُلِّ هُمَزَةٖ لُّمَزَةٍ 9  : ٱلَّذِي جَمَعَ مَالٗا وَعَدَّدَهُۥ 9  : يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخۡلَدَهُۥ 9  : كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِي ٱلۡحُطَمَةِ  9

Terjemahan Makna Ayat :

1.       Celakalah bagi tiap-tiap pengumpat lagi pencela.

2.       Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.

3.       Dia menyangka hartanya itu dapat mengekalkannya (hidup di dunia).

4.       Tidak sekali-kali. Sesungguhya dia akan dicampakkan ke dalam neraka Huthamah.

 

8)      Neraka Lazha

Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebutkan nama neraka Lazha ini di dalam Surah al-Ma’arij ayat 15- 16:

: كَلَّآۖ إِنَّهَا لَظَىٰ  9 : نَزَّاعَةٗ لِّلشَّوَىٰ  9

15. Tidak sekali-kali, sesungguhnya neraka itu api yang menjulang-julang.

16. Yang mengelupaskan kulit kepala (dan anggota badan).

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan