Masjid an-Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidilharam di Mekah. Masjid ini dibina oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat iaitu selesai sahaja baginda melaksanakan perjalanan hijrahnya dari Kota Mekah ke Madinah, pada tahun pertama hijrah (sekitar tahun 622 Masihi). Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhanruntuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Pada zaman Rasulullah, atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat. Mempunyai nilai seni bina yang sangat indah dan unik pada bangunannya, di antaranya bangunan masjid yang terdiri dari dua buah bangunan bertingkat berbentuk persegi panjang yang luas. Halamannya juga sangat luas dengan mempamerkan rekabentuk islamik. Terdapat kubah dan payung yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik di halaman luar masjid. Ini merupakan daya tarik serta pesona keindahan dari Masjid an-Nabawi. Pahala bersembahyang di Masjid an-Nabawi adalah 1,000 kali ganda dibandingkan dengan masjid lain kecuali di Masjidil Haram di Mekah. Menjadi pusat perjuangan Islam ketika Rasulullah hijrah dari Mekah ke Madinah dan dikunjungi jutaan umat muslim sepanjang tahun ketika melaksanakan ibadah ke Baitullah.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan