Translate

Thursday, May 21, 2026

AKHLAK MAHMUDAH


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا 
 

Tafsirnya :

Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari Akhirat serta banyak berzikir mengingat Allah.

Surah al-Ahzaab:21


Agama Islam amat menyarankan kita umat islam agar sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia dan disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sikap yang mulia itu di antaranya ialah bersifat amanah, jujur, menjauhi segala larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, menghormati ibu bapa, dermawan, menepati janji, menyayangi binatang, sentiasa bersyukur dan sifat-sifat baik yang lainnya. Dengan berakhlak baik ini anak-anak akan mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apabila sudah membiasakan diri dengan akhlak yang baik dan terpuji, hati akan merasa bahagia dan tenang, dan setentunya ilmu pengetahuan dalam pelajaran akan mudah difahami.

Akhlak terpuji yang anak-anak lakukan hendaklah diniatkan untuk mendapat pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Janganlah mengharapkan dan meminta kepada selain Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sikap ini tidak disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana kita telah dikurniakan rezeki olehNya tetapi kita meminta pertolongan daripada yang lain. Ini adalah akhlak yang buruk dan dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Wednesday, May 20, 2026

SURAH AL-BAQARAH


  •  Surah al-Baqarah merupakan surah ke 2 di dalam al-Qur'an, ianya merupakan surah terpanjang yang mengandungi 286 ayat.
  • Surah ini dinamakan Surah al-Baqarah (Lembu Betina) kerana pada ayat 67 hingga 74 ada disebutkan kisah-kisah penyembelihan lembu betina yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Bani Israel. Selain itu surah ini juga dinamakan Surah Alif Lam Mim kerana ia dimulai dengan huruf-huruf tersebut.
Di antara kandungan yang terdapat dalam surah ini ialah :

  1. Mengenai kebenaran al-Qur'an serta menyeru orang-orang Yahudi supaya beriman kepada al-Qur'an.
  2. Menceritakan penciptaan Nabi Adam 'alaihissalam dan Nabi Musa 'alaihissalam dengan Bani Israel.
  3. Menjelaskan prinsip perundangan Islam yang mencakupi obadat, mu'amalat, munakahat dan jenayat.