Wednesday, February 15, 2012

Hmmm... Valentine's Day?

-->
Telah berlalu tapi kenapa masih berlangsung??? Telah diberikan ingatan tapi kenapa masih merayakan???

I Love You… Aku Cinta Pada Mu… atau apa saja bahasanya yg pasti ia satu perasaan yg terrrrlalu paaayah kan dihuraikan secra perkataan, apatah lagi menzahirkannya. Uuhoiii payaah sgt!! hehe… bermadah sdikit :D

Pokok pangkalnya d antra sifat org2 mukmin ialah yg saling menyayangi dan mencintai saudaranya. Org yg inda mencintai saudaranya atu, maka dikatakan d dlm hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam… ia atu ‘inda sempurna imannya’

حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya:
Telah berkata kpd kami Qatadah, drp Anas Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sabdanya:
“Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” -Hadits riwayat Bukhari dan Muslim-

Cinta yg macamana tu???
Cinta yg d maksudkan atu bukan cinta biasa atau cinta basa basi mainan mulut hmmm, bahkan sgt luarbiasa dan mulia… cinta yg didasarkan kpd Allah, Rasul dan agama Islam, bukan kemanusiaan semata-mata. Memang Islam sgt2 menggalakkan umatnya utk berkasih sayang antara satu sama lain, akan ttp klau kan meluahkan prasaan cinta & kasih sayang antara keduanya perlu melalui saluran yg lurus iaitu yg dibenarkan olh syarak dan bukan skali2 yg menggalakkan kpd perkara2 yg merangsang ke arah maksiat dan dosa… wa Na’uzubillahi min zaalik

Point utama : JGN SAMBUT VALENTINE’S DAY krn ia bercanggah dgn ajaran agama Islam dan aqidah Islamiah. Pasal apa? Antaranya:

1.   Krn valentine’s day merupakan perayaan bagi org2 kristian iaitu lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia.

2.  Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

3.   Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.:
من تشبه بقوم فهو منهم     
Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud)

4.  Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan