31 Mei merupakan tarikh yang
bersejarah dan menjadi ristaan bagi negara kitani, Iaitu Negara Brunei
Darussalam kerana ia adalah tarikh Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei. Angkatan bersenjata mempunyai tugas yang sangat murni dan mulia iaitu
dalam menjalankan keamanan dan mempertahankan negara tercinta kita daripada
segala ancaman dan pencerobohan musuh yang boleh menggugat keamanan dan
kedaulatan negara kita.
Islam adalah agama yang mencintai
keamanan, kemakmuran dan kedamaian yang merupakan antara nikmat kurniaan Allah
Subhanahu wa Ta’ala yang amat berharga. Dengan keimanan, agama dapat
dipelihara, kemajuan dapat dijana dan keselamatan dapat dinikmati. Bagi mengelakkan daripada terkena dari sebarang
ancaman dan pencerobohan pihak musuh, maka tertubuhlah pasukan tentera iaitu
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi menjaga dan mengekalkan ancaman,
kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Menjaga keamanan itu adalah tugas
dan tanggungjawab yang sangat besar yang memerlukan kepada komitmen dan pengorbanan
dari setiap anggota tentera yang berkhidmat. Dan kita patut bersyukur dan
berbangga kerana ramai anak bangsa kita menyertai Pasukan ABDB untuk berkhidmat
kepada raja, agama, bangsa dan negara agar kita dapat terus hidup dalam suasana
aman sentosa dan sejahtera. Sebagaimana kita ketahui, bahawa anggota tentera di
negara kitani memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang ketenteraan serta
dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan moden. Namun perlulah diketahui
bahawa kesemua itu belumlah mencukupi untuk menjamin kekuatan pertahanan
sesebuah negara. Dengan adanya kekuatan iman yang ada dalam diri setiap anggota
tentera, maka insya – Allah akan melahirkan tentera yang kuat, berkualiti,
berdisplin dan bersatupadu dalam menangani musuh dan ancaman luar.
Maka adalah menjadi tanggungjawab
anggota tentera mematuhi arahan dan perintah ketua mereka selama apa yang
diperintahkan tidak bercanggah dengan hukum dan peraturan Islam kerana sebarang
persengketaan dan perpecahan hanya akan menyebabkan kehancuran dan kemusnahan. Dalam
memperjuangkan dan mempertahankan negara bukan hanya pada anggota tentera
tetapi perlu ada pada semua lapisan masyarakat kerana negara memerlukan rakyat
yang sanggup berjuangg dan berkorban bagi mempertahankan negara.’
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
dalam surah an-Nisa ayat 59:-
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَطِيعُواْ اللهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِى الأَمْرِ مِنكُمْ..... (59)
Tafsirnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri iaitu orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu”
Dalam menjalankan tugas menjaga
keamanan dan mempertahankan negara, ada di kalangan anggota tentera yang
terkorban semasa menjalankan tugas. Bagi mengenang jasa-jasa mereka, marilah
kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima segala
pengorbanan yang dicurahkan serta tergolong di kalangan insan yang beroleh
keampunan dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Oleh itu, bersempena memperingati
Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata ini. Para anggota tentera perlulah
mempertingkatkan keimanan dan memperbanyakkan bertawakkal kepada Allah Ta’ala.
Berwaspada dan sentiasa mengharap keredhaan daripadaNya. Dan menjalankan tugas
dengan niat yang suci, ikhlas dan bekerja dengan jujur dan amanah mengikut
ajaran agama Islam, dengan yang demikian, agama, raja, bangsa dan negara akan
terpelihara dan selamat serta mendapat perlindungan Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Insya-Allah
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Anfaal ayat 45:-
يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُوا ْ اللهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
kamu bertemu dengan sesuatu pasukan musuh maka hendaklah kamu tetap teguh
menghadapinya, dan sebutlah serta ingatlah Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan
berdoa banyak-banyak, supaya kamu berjaya mencapai kemenangan"
*MB-2*