Memang yakin semua orang tahu apa dia arak. Semua umat Islam tahu bahawa haram untuk meminum arak sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maaidah : 90-91
Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan (dan keberuntungan){90} Sesungguhnya syaitan itu mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab (meminum) arak dan (bermain) judi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka tidakkah kamu mahu berhenti (daripada melakukan perbuatan keji itu)? {91}
Sekarang kan berkongsi cerita perihal kesan dan implikasi buruk perbuatan meminum arak yang pada zahirnya macam perbuatan yang hanya membawa implikasi kepada si peminum... yalah dosa yang tidak melibatkan orang lain, bukan seperti membunuh, merompak, merogol atau yang lainnya. Kisahnya begini...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ
عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا
يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ
أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)
Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan (dan keberuntungan){90} Sesungguhnya syaitan itu mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab (meminum) arak dan (bermain) judi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka tidakkah kamu mahu berhenti (daripada melakukan perbuatan keji itu)? {91}
Sekarang kan berkongsi cerita perihal kesan dan implikasi buruk perbuatan meminum arak yang pada zahirnya macam perbuatan yang hanya membawa implikasi kepada si peminum... yalah dosa yang tidak melibatkan orang lain, bukan seperti membunuh, merompak, merogol atau yang lainnya. Kisahnya begini...
Satu riwayat Abul Laith Assamarqandi dari Sayyidina Othman bin ‘Affan
Radhiallahu 'anhu ketika berkhutbah beliau berkata, "Hati-hatilah kamu
dari khamar (arak), sebab ia adalah induk dari dosa-dosa yang keji.
Sesungguhnya dahulu ada seorang abid (hamba) yang biasa pergi ke masjid.
Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang perempuan lacur. Maka ia dipanggil oleh pelayan
perempuan itu dan diajak masuk ke dalam rumahnya. Setelah abid itu masuk, pintu
rumah itu pun ditutup, dan didapatinya di sisi perempuan lacur itu ada segelas
arak dan seorang anak kecil.
Berkata perempuan itu, "Engkau tidak boleh keluar dari rumah
ini sehingga engkau meminum arak itu atau berzina denganku atau membunuh anak
ini. Jika tidak saya akan menjerit dan mengatakan ada orang masuk ke
rumahku".
Maka jawab abid itu, "Berzina saya tidak mahu dan membunuh
juga saya tidak mahu".
Lalu ia memilih meminum arak, setelah ia minum dan mabuk, maka ia
berzina dan membunuh anak itu".
Sayyidina Othman seterusnya berkata, “Oleh kerana itu jauhkanlah
diri dari meminum arak kerana ia adalah ibu bagi segala dosa dan sesungguhnya
tidak dapat berkumpul iman dan arak dalam dada seseorang melainkan harus keluar
salah satu daripadanya, yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari
lidahnya kalimat-kalimat kufur. Lalu menjadi kebiasaan sehingga ia mati dalam
kalimat-kalimat itu dan menyebabkan ia kekal dalam neraka.
(Riwayat Ibnu Hibbab Fi Sahihihi.)
Inilah kisah mengenai arak yang di ambil dari buku: “Kenapa Dengan Arak”, Pusat Da’wah Islamiah; cetakan 1992. Teks asal buku ini disusun oleh Dayang Zasia binti Sirin (sekarang dikenali dengan Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zasia binti Sirin)
Sebelum berakhir, apa kata kita insafi dan renungi hadits ini:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya:
"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat dalam perkara mengenai arak ini 10 orang: tukang buat arak, orang yang minta dibuatkan arak, peminum arak, tukang angkat arak, orang yang diangkat arak kepadanya, tukang beri minum arak, penjual arak, pemakan harga arak, yang membeli arak dan orang yang dibelikan arak."
(Sunnan at-Tirmidzi no.1216, Juz: 5, m.s: 108)
Sampai jumpa lagi di post akan datang... Insya Allah :)

No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan