Sambungan dari Part 2…
ADAB BERSUKAN – (PART 3)
·
- Sukan yang tidak
melalaikan.
Gaya hidup manusia yang rata-rata sibuk dengan pelbagai
urusan dan tertekan oleh keadaan sekeliling membuatkan aktiviti sukan sebagai
penghibur dan pelepas kekusutan yang digemari pada masa kini. Oleh itu ianya
mestilah dibatasi agar tidak melalaikan dan boleh menyebabkan meninggalkan
kewajipan atau tanggungjawab dan ianya hendaklah selaras dengan hokum syara’.
Firman Allah Subhanahau waTa’ala dalam Surah adz-Dzaariyaat
ayat 56:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tafsirnya:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Ayat diatas menunjukkan bahawa keutamaan kita hidup di dunia
ini ialah untuk beramal ibadat kepada Allah dan untuk mendapat keredhaanNya. Manakala
mengambil perkara-perkara yang menghiburkan hati hanyalah sebagai sampingan
sahaja, maka jika kita terlalu leka dengan hiburan seperti bersukan dengan
melampaui batas ianya adalah dihukumkan haram begitu juga sekiranya sukan yang
diikuti itu akan menyebabkan seseorang itu lalai hingga mengabaikan
tanggungjawabnya terhadap keluarga maka dalam situasi mengikuti sukan begini
adalah haram kerana setiap tanggungjawab itu akan dipertikaikan di akhirat
kelak. Ini dijelaskan dalam hadits riwayat Imam at-Tirmidzi, daripada Anas
Radhiallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اِنَّ اللهَ سَائِلُ كُلَّ رَاع عَمَّا
اسْتَرْعَاهُ احْفَظَ أَمْ ضَيَّعَ
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap
penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya atau
mensia-siakannya.
- Sukan yang mendatangkan
manfaat.
Sebaiknya sukan yang dilakukan ada mendatangkan manfaat sama
ada kepada individu itu sendiri khasnya dan kepada masyarakat atau pada Negara amnya.
Sebagai seorang insan yang dikurniakan akal fikiran, sudah
setentunya setiap perkara yang hendak dilakukan akan dipertikaikan terlebih
dahulu sama ada ianya bermanfaat atau tidak. Begitu juga halnya dalam bersukan,
seseorang itu haruslah memikirkan apakah manfaat yang bakal diterimanya jika
melakukan sukan tersebut, misalnya seseorang mengikuti lumba lari atau bermain
bola sepak untuk meningkatkan stamina atau menjaga kesihatan tubuh badannya.
Oleh itu Islam amat menekankan agar adab-adab Islam dipatuhi
dalam aktiviti bersukan. Sekiranya kita menghendaki aktiviti sukan sebagai satu
ibadah yang diterima Allah Subhanahu waTa’ala hendaklah kita memperbetulkan
niat iaitu bersukan dalam suasana yang dibolehkan dalam syariat Islam dan untuk
menjaga kesihatan tubuh badan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete