Monday, December 02, 2013

MENGAPA MESTI MAKANAN YANG HALAL?




Makanan bukanlah sekadar untuk mengisi perut, bahkan mempunyai ikatan dengan ibadat serta memberi kesan kepada peribadi manusia. Sebab itulah umat Islam diwajibkan untuk memastikan setiap makanan yang dipilihnya adalah dari sumber yang bersih dan halal. Hanya makanan yang halal sahaja akan menimbulkan rasa syukur dan ketaqwaan dalam diri seorang.

Selain itu, memakan makanan dan minuman yang halal, suci dan tiada najis adalah salah satu syarat agar doa dimakbulkan. Doa yang diterima adalah doa daripada jasad yang beriman, yang mana jasad itu diselimuti daging yang tumbuh daripada makanan yang halal. Dalam sebuah hadits ada menyebutkan bahawa baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عن ابن عباس قال : تليت هذه الآية عند رسول الله صلى الله عليه وسلم : يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا[1]. فقام سعد بن أبي وقاص ، فقال : يا رسول الله ، ادع الله أن يجعلني مستجاب الدعوة ،
فقال له النبي صلى الله عليه وسلم : «يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة...»

Maksudnya:
Dari Ibnu ‘Abbas berkata: Aku telah membaca ayat ini ketika berada di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”. (al-Baqarah 168) Maka berdiri Sa’ad bin Abi Waqqas, maka bertanya: “Ya Rasulullah,
doakan saya kepada Allah agar doa saya terkabul.” Rasulullah menjawab: “Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, maka doamu akan terkabulkan...”[2] (Riwayat at-Thabrani).

Makanan yang halal lagi berzat amat penting dan mempunyai kesan kepada minda kerana saripati makanan bukan sahaja tunjangan utama pembentukkan otat dan daging, malahan kuasa minda. Minda, rohani dan peribadi manusia akan terbentuk sesuai dengan kesucian atau kekotoran bahan baik, halal dan suci menurut peraturan syara’ akan membentuk keperibadian yang mulia berasaskan kehidupan Islam.

Sebagai contoh ialah Imam Syafié rahimahullah, salah seorang imam besar yang terkenal dengan kepintaran, kekuatan hafalan dan mampu menghafaz al-Qur’an sejak berusia sembilan tahun. Dalam satu riwayat menceritakan bahawa beliau pernah mengalami masalah dalam menghafaz pelajarannya. Apabila beliau menceritakan kepada gurunya Syeikh Waqi’ mengenai masalah ingatannya, Syeikh Waqi’ menasihatkan agar beliau memastikan kehalalan makanannya. Imam Syafi’e kemudian bertanya kepada ibunya, adakah makanan yang diberikan kepadanya berkemungkinan termasuk yang haram. Ibunya dengan yakin mengatakan tidak ada yang haram bahkan semuanya yang baik-baik dan halal belaka. Bagaimanapun setelah disiasat, beliau mendapati susu yang telah diminumnya datang daripada seekor kambing yang makan tanaman orang lain. Perkara ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang negatif kepada beliau.

Begitulah besarnya kesan makanan kepada kesihatan dan kecerdasan seseorang. Umat Islam seharusnya sedear dan peka dengan setiap rezeki yang mereka nikmati. Baik rezeki itu berupa makanan atau wang, hendaklah dipastikan kehalalannya terlebih dahulu jika mereka menginginkan  kesihatan yang baik, kemuliaan akhlak dan tahap keintelektualan yang tinggi bagi diri sendiri, keleuarga dan anak bangsa mereka.




[1]  البقرة: 168
[2] المعجم الأوسط للطبرانى، الباب:  باب الميم من اسمه: محمد، الجزء: 14، الصفخة: 261

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    kan betanya, sekiranya saya berada di luar negeri, apa hukumnya jika saya makan makanan di restaurant bukan islam ? dapat kah kalau saya makan ikan dan sayur saja ? setahu saya, hukumnya haram kerna mungkin saja piring, periuk atu digunakan untuk makanan yang haram. Tetapi, baru2 ani, ada rakan saya bercerita, jika ea berlayar ke luar negeri, dia makan saja di restaurant bukan islam asalkan bukan daging/ayam yg nda kena sembelih dan makanan yang haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitani dituntut untuk memakan makanan yang halal kerana makan/minum pun boleh menjadi satu ibadah. Jangan ambil ringan mengenai makan minum kerana ia akan menjadi darah daging kita. Seperti situasi yang dinyatakan di atas iaitu melakukan pelayaran ke negeri yang bukan Islam... di mana masih boleh kita mencari makanan yang halal, maka kita dituntut untuk berusaha dan berfikir terlebih dahulu.
      Walau bagaimanapun Islam adalah agama yang sangat toleransi/flexible... pada ketika kita dalam keadaan dharurat maka dihalalkan bagi kita makanan yang haram. Akan tetapi jangan ambil mudah kerana dhaurarat tersebut ada syarat2 tertentu sehingga ia dianggap dharurat.

      Delete

    2. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
      يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ لاَ تُجابُ لَهُمْ دَعْوَةٌ

      "Akan datang kepada manusia suatu zaman, bahawa seseorang itu tidak peduli apa yang diambilnya, adakah yang diambilnya itu daripada yang halal atau yang haram. Tiadalah dimakbulkan (diterima) permohonan (doa) mereka.

      Delete
  2. Terimakasih, sangat membantu saya memahami arti halalan thayyiban. Semoga menjadi amal sholeh buat penulis.

    ReplyDelete
  3. sangat bagus artikal ini

    ReplyDelete

Silakan untuk sebarang pertanyaan