Saturday, September 12, 2015

SELAWAT MUNJIYAT ( اَلْمُنْجِيَات )


Munjiyat bererti penyelamat. Selawat ini jika di amalkan dengan banyak membacanya, maka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak diinginkan. Bahkan dengan banyak membaca selawat ini insya Allah akan mendatangkan segala hajat yang sangat penting dan ingin segera dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.

Bacaannya ialah:-

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ والْآفَاتِ وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيْعِ الْحَجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ  فيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Ertinya:-
Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam, dengan rahmat yang akan menyelamatkan kami dari segala petaka dan kerugian. Dengan rahmat itu Engkau datangkan kepada kami semua hajat. Dengan rahmat itu Engkau bersihkan kami dari semua keburukan/kesalahan. Dengan rahmatMu jua, tinggikanlah dengan darjat kami ke peringkat yang setinggi-tingginya di sisiMu, dengan rahmat itu pula Engkau sampaikan kami kepada maksud yang paling sempurna dari semua kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan Allah merhmati dan memberikan kesejahteraan atas sebaik-baik ciptaanNya junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam dan juga ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan