Di antara
perbuatan haram dan dilarang oleh syara’ yang masih dilakukan oleh sebilangan
kecil dari umat Islam ialah bermain judi. Secara amnya judi adalah satu
permainan yang menggunakan wang atau lain-lainnya sebagai taruhan yang mana
ianya menarik minat seseorang lebih-lebih lagi jika kesenangan itu cepat dan
mudah diperolehi tanpa perlu bekerja dan berusaha keras. Sehinggakan permainan
judi ini menjadi satu penyakit yang susah diubati apatah lagi sifat tabi’i
manusia yang suka kepada kesenangan dan kemewahan harta benda. Sebagaimana
firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah A-li ‘Imraan ayat 14 tafsirnya: “Dihiaskan
(dijadikan indah) bagi manusia kecintaan kepada keinginan-keinganan nafsu iaitu
menyukai perempuan, anak pinak dan harta benda yang banyak dari emas dan perak,
kuda pilihan lagi terlatih serta binatang-binatang ternakan dan tanam-tanaman.
Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Padahal disisi Allah ada
sebaik-baik tempat kembali (iaitu syurga)”.
Dari itu
berhati-hati dalam keghairahan mencari harta benda kerana ditakuti akan
terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan mungkar yang dilarang dalam Islam
atau lebih teruk lagi membawa kepada yang haram.
Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah diperlihatkan di dalam
peristiwa Isra’ dan Mi’raj pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran di
antaranya ialah pengajaran yang berbentuk seksaan kepada umat baginda ketika di
dunia yang mensia-siakan umur mereka sehingga kehari tua seperti mereka yang
melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.
PERBEZAAN
ANTARA PERMAINAN DAN JUDI
·
Permainan tanpa judi
Tidak semua
permainan termasuk dalam kategori judi. Perbezaan judi dan permainan tanpa judi
ialah jika permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan
oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu.
Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang
diperolehi dianggap sebagai hadiah.
Selain itu juga
sesuatu permainan itu tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang
diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada
temannya “jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan
tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.
Ini berdasarkan
kepada hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Harits bahawa Rukhanah, salah
seorang kafir Quraisy, pernah mengajak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam untuk mengikuti permainan beradu tenaga seperti gusti. Dia
menawarkan beberapa ekor kambing jika Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam menang. Dalam perlawanan itu ternyata Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam menang.
· Permainan
berunsur judi
Permainan
berunsur judi ialah setiap permainan yang di dalamnya mengandungi unsur taruhan
(harta atau material) dimana pihak yang menang atau untung berhak mengambil
(merampas) harta atau material dari pihak yang kalah.
Secara amnya
dapatlah dijelaskan bahawa dalam judi ada tiga unsur utama iaitu:
1. Adanya pertaruhan harta yang
berasal daripada pihak yang sedang berjudi
2. Ada suatu permainan, untuk
menentukan pihak yang menang dan yang kalah
3. Pihak yang menang mengambil harta
yang menjadi taruhan (murahanah), sedang pihak yang kalah akan kehilangan
hartanya.
Islam telah
mengharamkan semua unsur perjudian sama ada melalui permainan, hiburan atau
sebagainya. Allah subhanahu wata’ala dan rasulNya mengharamkan judi dan
menyuruh umat Islam menjauhinya kerana ia adalah perbuatan keji dan perbuatan
syaitan serta tergolong daripada dosa-dosa besar.
Firman Allah
Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 219 ada menjelaskan mengenainya
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا
أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Tafsirnya: Mereka
bertanya kepadamu (wahai Nabi Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
“pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaatnya-manfaatnya bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.
Pengharaman judi
ini juga dkuatkan lagi dengan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
yang riwayatkan oleh Imam Malik, daripada Abu Musa al-Asy’arie, Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ لَعِبَ بِالنَّرْدِ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Maksudnya:
”Barangsiapa bermain judi, maka ia berbuat derhaka kepada Allah dan
RasulNya.”
Islam menitik
beratkan kemaslahatan umatnya. Oleh itu setiap tegahan ataupun larangan yang
telah ditetapkan oleh syara’ pasti ada hikmahnya. Di antaranya ialah apabila
Islam memerintahkan umatnya mencari pekerjaan atau rezeki yang halal dengan
cara berusaha mengikut landasan yang benar dan diredhai oleh Allah subhanahu
wata’ala. Demikian juga pengharaman judi ini mengingatkan umat Islam bahawa
pentingnya sifat adil, jujur dan amanah dalam setiap apa yang dilakukan kerana
jika berlaku sebaliknya, ianya boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati dan
berlakunya permusuhan. Lebih teruk lagi boleh memecah belahkan pertalian
silaturrahim sesama umat Islam. Di antara hikmahnya lagi ialah menghindarkan
diri dari melakukan dosa-dosa besar dan penyakit sosial di antaranya seperti
mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, mencederakan atau membunuh orang.
Setiap perintah
dan larangan yang ditetapkan oleh Allah subhanahu wata’ala sememangnya
merupakan tanda kasih sayang Allah subhanahu wata’ala kepada
hamba-hambaNya. Walaupun pada zahirnya ia seolah-olah membebankan namun
disebaliknya terkandung pelbagai hikmah dan rahmat buat hamba-hambaNya.
Begitu halnya
dengan judi, perbuatan berjudi sememangnya ditegah dan diharamkan di dalam
syariat Islam tidak kira sama ada ianya dijadikan sebagai alat permainan untuk
hiburan ataupun menjadikannya sebagai sumber untuk mencari pendapatan.
Perbuatan berjudi
tidak membawa keuntungan malahan ianya menjadikan seseorang itu di dalam
kerugian tidak kira dari segi manapun. Apa yang pasti perbuatan berjudi boleh
merosakan aqidah, memporak-perandakan syariat dan meruntuhkan akhlak dan jati
diri individu tersebut sebagai seorang muslim.
Bola206 adalah BANDAR SBOBET yang melayani DAFTAR SBOBET RESMI untuk Taruhan Judi Bola Resmi dan SBOBET Casino dengan Bonus Deposit 5% ..
ReplyDeleteAgen SBOBET Terpercaya Di Seluruh Indonesia.
Website Resmi :
http://112.140.186.68
www.Sbo206.com
Link Alternatif SBOBET
Agen Ibcbet Terpercaya
ReplyDeleteAgen Maxbet
ReplyDeleteAgen Maxbet Terpercaya
Agen Maxbet Resmi
Agen Maxbet Terbaik
Agen Ibcbet
Agen Ibcbet Terpercaya
Agen Ibcbet Terpercaya
Whatsapp Situs Judi Online MAxbet Sbobet Terpercaya
Agen Maxbet
ReplyDeleteAgen Maxbet Terpercaya
Agen Maxbet Resmi
Agen Maxbet Terbaik
Agen Ibcbet
Agen Ibcbet Terpercaya
Agen Ibcbet Terpercaya
Whatsapp Situs Judi Online Maxbet Sbobet Terpercaya
Live Chat Agen Judi Sbobet Ibcbet Terpercaya
Aplikasi VCS
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDeleteAplikasi vcs
ReplyDelete