Sahur
ialah makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar bagi
orang-oran yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan yang
lain.
Ulama
sepakat mengatakan bahawa hukum kana sahur adalah sunat (mustahab) berdasarkan
beberapa hadits Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam:
عَنْ أَنِسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِيْ السُّحُوْرِ بَرَكَةً.
(رواه البخاري ومسلم).
Maksudnya:
“Daripada
Anas Radhiallahu `anhu katanya: Rasulullah Shallallahu `alaihi wassalam
bersabda: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu mempunyai berkat.”
(Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam
riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Nabi Shallallahu
`alaihi wasallam telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi
Shallallahu `alaihi wasallam, Baginda sedang bersahur lalu bersabda:
إِنَّهَا بَرَكَةً أَعْطَاكُمُ اللهُ إِيَّاهَا فَلاَ تَدَعُوهٌ.
(رواه
النسائي)
Maksudnya: Sesungguhnya
(sahur itu) mempunya berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian , maka
janganlah kamu meninggalkannya.”
(Hadits riwayat an-Nasa`i).
Berkat Bersahur Menurut Ulama
Perintah
bersahur itu walaupun hanya pada peringkat sunat dan hukum berpuasa bagi orang-orang yang tidak bersahur
tetap sah. Persoalan yang hendak ditimbulkan ialah, apakah berkat yang terdapat
di sebalik bersahur itu?
Menurut
Ibnu Hajar al-`Asqalani pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di
dalam kitab Shahi Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkaan itu bermaksud:-
i. Memperolehi
balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala.
ii. Menurut
sunnah (jejak langkah) Rasulullah Shallallahu `alahi wasallam.
iii. Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa Ahli Kitasb
sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam:
فَضْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا
وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَهُ السَّحَرِ.
(رواه مسلم)
Maksudnya: “perbezaan di
amyara puasa kita (umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur.”
(Hadits riwayat Muslim)
iv. Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi
oleh kesan berlapar di siang hari.
v. Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang
yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari, sesuai
dengan sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam:
اسْتَعِيْنُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ
عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ.
(رواه الحاكم)
Maksudnya: “Memohonlah
kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperolehi kekuatan
berpuasa di siang hari.”
(Hadits
riwayat al-Hakim)
Bangun dan berdoa di waktu sahur
mempunya barakah kerana pada waktu itu rahmat turun dan doa terangkat
sebagaimana Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قِيْلَ
يَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ
قَالَ جَوْفَ اللَّيْلِ اْلآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَاتِ.
(رواه الترمذي)
Maksudnya: “Daripada Abu
Umamah telah berkata: “Ya Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, bilakah
waktu doa itu lebih didengar?”Baginda bersabda: “Pada waktu tengah malam dan
selepas sembahyang fardhu.”
(Hadits
riwayat at-Tirmidzi).
Di samping itu bagi orang yang bangun
sahur tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk melakukan amal-amal salih
seperti berwudhu, berzikir, membaca al-Quran dan bersembahyang sunat Tahajjud
dan sunat Witir. Begitulah juga dengan sunat-sunat yang lain hingga terbit
fajar. Apatah lagi jika malam tersebut kebetulan merupakan Lailatul Qadar,
iaitu ,a;a, uamh ;enoj naol daro[ada seribu bulam. Khusus mengenai se,najuamh
Witir, waktu yang afdhal untuk mengerjakan sembahyang tersenut ialah di akhir
malam selepas mengerkalan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti
Tahajjud, hajat dan sebagainya, sekalipun ianya meninggalkan sembahyang Witir
berjemaah di awal waktu selepas Tarawih.
vi. Menggalakkan perbuatan bersedekah dan bersahur bersam-sana.
vii. Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang terlupa melakukan
niat puasa.
Makanan Yang Disunatkan Ketika Bersahur
Adapun
makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana sesuai dengan kemampuan
dan upaya masing-masing.
Baginda
Shallallahu `alaihi wasallam sendiri
mejelaskan bahawa hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat
daripada bersahur sebagaimana hadits Baginda di atas,
Jika
terdapat buat tamar (kurma), maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu
adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu,
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:
نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ.
(رواه أبو داود)
Maksudnya:
“Sebaik-baik
makanan sahur orang yang beriman ialah
buah tamar (kurma).”
(Hadits riwayat Abu Daud).
Dalam riwayat yang lain daripada as-Saib bin Yazid
Radhiallahu `anhu:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ: نِعْمَ
السَّحُورُ التَّمْرُ وَقَالَ يَرْحَمُ اللهُ الْمُتَسَحِّرِيْنَ.
(رواه
الطبراني)
Maksudnya:
“Telah
bersabda RasulullahShallallahu `alaihi wasallam, : Sebaik-baik makanan sahur
ialah buah tamar (kurma). Sabda Baginda kagi: “Allah memberikan rahmat kepada
orang-orang yang bersahur.”
(Hadits riwayat ath-Thabarani).
Melambatkan Bersahur
Melambatkan
bersahur adalah sunat sehingga hamper waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar
membaca lima puluh ayat al- Quran
sebelum terbit fajar. Fi antara tujuannya ialah demi memendekkan masa untuk
menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa.
Tersebut
di dalam riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bahawa seoramg sahabat yang
bernama Zaid bin Tsabit radhiallahu `anhu telah berkata: “Kami telah
bersahur bersama Nabi Shallallahu `alaihi wasallam, kemudian kami
mendirikan sembahyang, lalu Anas radhiallahu `amhu bertanya: “Berapakah
jarak waktu di antara keduanya?” Zaid menjawab:
خَمْسِيْنَ آيَــةٌ
Ertinya: “Kadar
membaca lima puluh ayat.”
Dalam
sebuah hadits Nabi Shallallahu `alaihi wasallam yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الإِفْطَارَ
وَأَخَّرُوا السُّحُورَ
(رواه أحمد)
Maksudnya: “Sentiasa
umatku dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan
melewatkan bersahur.”
(Hadits riwayat Ahmad)/
Menurut
kitab al-Majmu` bahawa Imam Syafi`e menjelaskan dalam kitabnya al-Umm, apabila
seseorang syak tentang waktu sahur sama ada waktunya masih kekal atau
sebaliknya, adalah sunat dia tidak bersahur. Jika dia bersahur juga dalam
keadaan sedemikian, puasanya dihukumkan sah kerana pada asalnya waktu itu masih
malam. ( لأن الأصل بقاء الليل )
Adapun
waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan
berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan
sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi
ianya Cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur.
sumber rujukan Irsyad Hukum 2004
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan