Ziarah kubur orang-orang Islam adalah
Sunat bagi lelaki. Bagi perempuan pula, Imam Syafi’e berpendapat bahawa hukumnya
adalah makruh kerana dengan sifat perempuan yang lemah dan beremosi itu
dikhuatiri akan membawa mereka melakukan perbuatan yang dilarang seperti
meraung dan meratap serta menyesali takdir Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika
diyakini pula bahawa keluarnya mereka itu ke kubur boleh menimbulkan fitnah dan
boleh menyebabkan terjadinya perkara-perkara haram, maka berziarah kubur bagi
mereka adalah haram.
Hikmah dan tujuan ziarah kubur ialah
supaya kita mengambil pengajaran atau peringatan daripadanya supaya kita ingat
akan kematian dan hari akhirat.
Apabila menziarahi kubur, kita
hendaklah menjaga adab-adabnya iaitu:
1.
Sunat mengambil wudhu
2.
Memakai pakaian sopan dan menutup aurat
3.
Membulatkan hati dan ikhlas selari dengan tujuan
ziarah
4.
Disunatkan memberi salam kepada semua ahli kubur
sebaik-baik sahaja sampai ditanah perkuburan sebagaimana dijelaskan dalam
sebuah hadits riwayat Imam Muslim:
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ :السَّلَامُ عَلَيْكُمْ ياأَهْلَ
الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ
لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur (supaya
mengucapkan): “Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu
sekalian wahai penghuni kubur dari kalangan orang-orang mu’min dan muslim, dan
sesungguhnya kami Insya-Allah akan menyusuli kamu, saya memohon kepada Allah
untuk kami dan untuk kamu keafiatan”.
5.
Setelah sampai dekat kubur kerabat yang hendak
diziarahi, afdhal berdiri di tepi kubur dengan membelakangi kiblat dan
menghadap ke arah muka ahli kubur yang diziarahi
6.
Disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan
menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur tersebut.
7. Kemudian disunatkan menghadap ke arah kiblat dan
berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas ahli kubur.
8. Setelah itu disunatkan merenjiskan atau memercikkan air
ke kubur. Ini berdasarkan kepada amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : “رَشَّ عَلَى قَبْر ِابْنِهِ إِبْرَاهِيمَ وَوَضَعَ عَلَيْهِ حَصْبَاءُ
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam: “menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim dan
meletakan batu-batu kecil diatasnya”.
Penutup
Islam adalah agama yang lengkap dan
sempurna. Ajaran dan peraturannya meliputi urusan dunia dan akhirat. Islam
bukan sahaja mengatur kehidupan manusia tetapi juga menjaga kehormatan dan
haknya, baik di dunia mahupun sesudah matinya.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan