بسم الله الرحمن
الرحيم
Was-was beerti perasaan sangsi, curiga dan khuatir. Manakala dari segi istilah Bahasa Arab pula, was-was beerti sangkaan buruk yang merunsingkan hati atau fikiran dan godaan batin.
Dari definisi was-was itu, jelaslah maksudnya dengan
perasaan was-was inilah yang menjadikan seseorang itu merasakan negatif, sangsi dan khuatir
dengan apa yang dilakukannya sama ada sempurna ataupun belum, betul atau salah
dan sebagainya. Was-was ini juga sering terjadi ke atas sebahagian orang ketika
beribadah seperti ada orang yang was-was ketika dia berwudhu sehingga berkali-kali
atau ketika memasang niat solat semasa takbiratul ihram sehingga orang itu
terlalu susah untuk menyempurnakan niatnya semasa takbiratul ihram sehingga
imam ruku’ barulah ia dapat menyempurnakan niatnya. Sepatutnya perasaan was-was
itu janganlah kita pedulikan kerana was-was itu adalah sebenarnya datang
dari gangguan syaitan sepertimana yang kita tahu syaitan itu adalah musuh kita
dan ia akan sentiasa mengganggu anak Adam selagi mana belum terjadi kiamat.
Di dalam buku
Ke Arah Kesempurnaan Sembahyang mengatakan :
Sebahagian
ulama’ mengatakan, bahawa sunat bagi orang yang terkena was-was pada setiap
kali berwudhu’, sembahyang dan lain-lain membacaلأَ
إِلَهَ إِلأَّ الله sebab syaitan itu apabila mendengar kalimat
zikir dia akan lari dan menjauhkan diri. Selain daripada itu kalimat لأَ إِلَهَ إِلأَّ الله itu adalah induk segala zikir.
Para ulama’
juga mengatakan, bahawa ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit
was-was ialah dengan memperbanyak zikir kepada Allah.
Al-Sayyid
al-Jalil Ahmad bin Abu al-Hawari berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani
tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia pun berkata : “ Apabila kamu ingin
menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila saja kamu merasa was-was itu
datang, bergembiralah, kerana apabila engkau bergembira maka was-was itu akan
terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan
daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah
was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.
Al-Ustaz Abu
al-Hasan al-Syazali pernah mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh
menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik,
dia mengatakan kepada mereka, bahawa barang siapa yang merasa hal yang seumpama
itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan :
سُبْحَانَ
الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْخَلَّاقِ الْفَعَّالِ
Ertinya:
Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada
kekurangan, yang Maha Menciptakan sekalian makhluk dan yang Maha Melakukan (apa
yang dikehendakiNya).
Dibaca sebanyak
tujuh kali. Kemudian dibaca pula:
إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ
جَدِيدٍ (١٩) وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ (٢٠)
(Surah Ibrahim : ayat 19-20)
Tafsirnya:
“Jika Dia menghendaki nescaya
dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkanpula dengan
makhluk-makhluk yang baru)”
Demikianlah di antara amalan-amalan dan doa-doa yang boleh
diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran
yang tidak baik.
وَاللهُ أَعْلَمْ بِالصَّوَابِ
Sumber rujukan:
Ke Arah Kesempurnaan Sembahyang, Jabatan Mufti
Kerajaan