﴾..وَمَا تَدۡرِىۡ
نَفۡسٌ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدًا ﴿
Tafsirnya :
“Dan tidak ada seorang pun yang dapat
mengetahui apa yang diusahakannya esok..”
(Surah Luqman
ayat 34)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
وَالَّذِينَ
إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ
قَوَامًا﴾ ﴿
Tafsirnya:
“Dan mereka yang apabila membelanjakan harta,
mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka itu adalah sederhana antara kedua-duanya).”
(Surah
al-Furqan ayat 67)
Antara kepentingan sikap berjimat
cermat ialah:
Pertama, berjimat cermat agar
mempunyai simpanan setelah semua keperluan dipenuhi. Berjimat cermat bukanlah
sifat kedekut. Berjimat cermat adalah hidup dengan sederhana.
Kedua, berjimat cermat sebagai cara persediaan untuk kemaslahatan
generasi akan datang.
Ketiga, berjimat cermat sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Oleh sebab sikap berjimat cermat merupakan perintah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala, maka jika kita mengamalkan cara hidup berjimat cermat, sebenarnya
kita sedang mendekatkan diri dan melaksanakan perintahNya.
Petikan daripada Majalah Muslimin,
Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Rabiulawal 1437H/ Disember
2015M
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan