PUASA WANITA DI BULAN RAMADHAN
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu
rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Adapun syarat sah
wajib puasa itu adalah seperti yang berikut:
1.
Islam, bukan kafir.2. Taklif iaitu berakal dan baligh.
Daripada Ali Radhiallahu ‘anhu, Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
رُفِعَ
الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ : عَنِ النَّائِم حَتّى يَسْتَيْقَظَ, وَعَنِ الصّبَي
حَتّى يَحْتَلِمَ وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتّى يَعْقِلَ
Maksudnya:
“ Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia daripada orang tidur sehingga di bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal."
3.
Tidak mempunyai keuzuran menghalangnya daripada
berpuasa.[1]
“ Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia daripada orang tidur sehingga di bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal."
(Hadits Riwayat Abu Daud)
Melihat kepada syarat yang ketiga tersebut di
atas, lazimnya semasa berpuasa di bulan Ramadhan, sebahagian wanita akan menghadapi beberapa
keadaaan seperti berikut di bawah (keuzuran) yang menghalang ia daripada
berpuasa atau keadaan yang mengharuskan ia berbuka semasa berpuasa di bulan
Ramadhan. Jadi apabila ia sudah meninggalkan puasanya apakah ia perlu mengganti
puasanya atau membayar fidyah sahaja atau kedua-duanya?
i.
Apabila didatangi
haidh dan nifas pada mana-mana bahagian waktu siang.
Haidh dalam dunia wanita ibarat tetamu bulanan yang datang dan
pergi. Setiap wanita pasti akan mengalaminya. Haidh ini jugalah satu ketetapan
berupa anugerah dariNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut
tentang haidh ini. Dari Aisyah Radhialluhu 'anha, baginda bersabda:
اِنَّ هذا أَمْرٌ
كَتَبَهُ الله عَلى بَناتِ آدم
Maksudnya:
“Ia (darah haid itu) adalah suatu ketetapan Allah (anugerah)
terhadap wanita keturunan anak Adam”
(Riwayat al-Imam al-Bukhari)
Haidh dari segi bahasa beerti mengalir. Dari segi syara', haidh
bererti adalah darah semulajadi yang keluar secara normal (sihat) yang keluar
dari rahim seorang wanita mengikut pusingan tarikh yang tertentu dan diketahui
dan bukan gejala penyakit dan bukan juga kerana melahirkan.
Manakala nifas pula adalah darah haidh yang terkumpul dan keluar
dari rahim seorang wanita setelah keseluruhan rahimnya kosong dengan melahirkan
anak, sama ada berupa anak, berupa darah beku (‘alaqah) ataupun berupa seketul
daging (mudghah).
Tidak dinamakan nifas, darah yang keluar sebelum kelahiran anak,
umpamanya darah yang keluar ketika hamil; ataupun darah yang keluar ketika
lahirnya anak atau bersama-sama anak ; ataupun darah yang keluar di antara
kelahiran anak kembar.
Jadi, hukum wanita
yang didatangi haidh dan nifas tidaklah sah puasanya pada siang hari di
bulan Ramadhan dan wajib ke atasnya qadha berdasarkan hadith :
Daripada Abu Sa’id al- Khudri Radhiallahu ‘anhu, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya beberapa orang wanita sebab-sebab agama dan akal
mereka kurang? Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَلَيْسَ
اِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ فَذَلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا
Maksudnya :
“Bukankah apabila wanita itu haidh, maka dia tidak boleh sembahyang dan tidak boleh berpuasa maka itulah kekurangan wanita dalam agama.”
“Bukankah apabila wanita itu haidh, maka dia tidak boleh sembahyang dan tidak boleh berpuasa maka itulah kekurangan wanita dalam agama.”
(Riwayat al-Imam al-Bukhari)
Adapun wanita yang mengalami istihadhah (darah penyakit) ibadah
puasanya adalah sama seperti wanita yang suci daripada haidh dan nifas. Mereka
ini dikategorikan sebagai orang yang sentiasa dalam keadaan berhadas, namun
mereka tidak ditegah oleh syara’ dari melakukan ibadat.[2]
ii.
Wanita yang mengalami keguguran janin
ketika berpuasa.
Disebutkan di
dalam Hasyiah asy-Syarwani ‘ala Tuhfah al-Muhtaj, perempuan yang mengalami keguguran
adalah dihukumkan nifas walaupun yang keluar itu adalah dalam bentuk ‘alaqah (
janin yang masih dalam bentuk gumpalan darah beku) mahupun mudghah (ketulan
daging) sebagaimana lazimnya berlaku apabila keguguran.
Oleh yang
demikian, wanita yang mengalami keguguran tertanggung ke atasnya segala hukum
yang berkaitan nifas. Para 'Ulama ijma’ (sepakat) mengatakan bahawa diharamkan
dengan nifas itu perkara-perkara yang diharamkan dengan haidh. Jadi tidak
diwajibkan ke atasnya berpuasa bahkan batal puasanya sehingga berakhir
tempoh nifas tersebut. Dan diwajibkan ke atasnya untuk mandi kerana
wiladah dan mandi kerana nifas dan mengqadha puasa yang ditinggalkan. [3]
i.
Wanita yang hamil dan yang
menyusukan:
Harus bagi wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka pada siang
hari bulan Ramadhan sebagai rukshah (keringanan) ke atas mereka. Menurut Imam
asy- Syafie dan para ulama mazhab as-Syafie Rahimahullah, wanita hamil atau
wanita yang menyusukan anak, jika dia berbuka puasa, maka dia termasuk dalam
orang diwajibkan mengqadha puasa, membayar fidyah atau kedua-duanya sekali.
Perkara tersebut bergantung kepada keadaan berikut:
a.
|
Jika wanita hamil atau wanita yang menyusukan itu berbuka puasa
kerana takut mendatangkan mudharat kepada dirinya sahaja
|
Dia hanya
diwajibkan mengqadha’ sejumlah puasa yang ditinggalkannya pada
hari-hari lain dan tidak dikenakan fidyah.
|
b.
|
Jika wanita hamil berbuka kerana takut mendatangkan mudharat
ke atas dirinya dan juga anaknya
|
Diwajibkan mengqadha
puasanya sahaja dan tidak dikenakan fidyah.
|
c.
|
Jika dia berbuka kerana takut mendatangkan mudharat kepada anaknya
sahaja, umpamanya jika dia berpuasa anak dalam kandungannya akan terjejas
atau gugur, dan yang menyusukan pula, anaknya pasti kehausan kerana air susu
yang tidak mencukupi atau susu akan kering
|
Dia
diwajibkan kedua-duanya sekali iaitu mengqadha’ puasa sebagai hak bagi
Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas dirinya dan membayar fidyah disebabkan berbuka
untuk orang lain (anaknya).
|
Namun, menjadi wajib ke atas
perempuan hamil atau yang menyusukan anak termasuk wanita yang diupah untuk
menyusukan anak berbuka jika mereka takut mendatangkan mudharat kepada anak
dalam kandungan atau yang disusukan. [4]
Diriwayatkan dalam sebuah hadits bahawa
‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma
telah ditanya mengenai kedudukan puasa seorang wanita hamil yang takut
mendatangkan mudharat kepada anaknya, lalu beliau berkata:
تفْطِرُ,
وَتُطْعِمُ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا مُدًّا مِنْ حِنْطَة
Maksudnya:
"Berbukalah dan berilah makan orang miskin satu cupak gandum sebagai ganti setiap hari (yang dia berbuka)."[5]
"Berbukalah dan berilah makan orang miskin satu cupak gandum sebagai ganti setiap hari (yang dia berbuka)."[5]
(Hadits riwayat al-Baihaqi)
ii. Apabila sakit yang mendatangkan
mudharat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang dahsyat. Penyakit
itu akan menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu
semakin dahsyat (jika dia berpuasa) dan dia bimbang dia akan mati (sekiranya
dia meneruskan puasanya), maka pada itu dia wajib berbuka.
iii. Apabila ia bermusafir yang jauh yang
tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran yang dibenarkan
dan mencakupi seluruh hari.
Dalil kedua-dua
penguzuran ini ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَمَنۡ کَانَ مَرِيۡضًا اَوۡ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ
مِّنۡ اَيَّامٍ اُخَرَ
Terjemahan makna dalam ayat 185 surah al-Baqarah:
“Dan sesiapa yang sakit atau sedang dalam perjalanan (atau pelayaran) dalam bulan Ramadhan itu bolehlah dia berbuka) maka wajiblah dia berpuasa pada hari-hari yang lain (sebagai ganti puasa yang ditinggalkan itu)".[6]
iv. Tidak mampu berpuasa kerana terlalu
tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh maka tidak wajib ke atasnya
berpuasa kerana puasa hanya wajib bagi orang yang mampu melakukannya :
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala :
وَعَلَى
الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
Terjemahan makna ayat 184 surah al-Baqarah:
“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”
والله
أعلم بالصواب
[1]
Fiqh Manhaji, JIlid 1
[2]
Haidhh Dan Istihadhah : Persoalan dan Penjelasan
[3]
Irsyad Hukum 2017
[4]
Irsyad Hukum 2014
[5]
Irsyad Hukum 2014
[6]
Kitab Fikah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji, Jilid 2
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan