Di episod yang lalu (http://unitceramah.blogspot.com/2012/06/kedudukan-mimpi-menurut-al-quran-dan.html), telah dihuraikan
serba sedikit mengenai 3 jenis mimpi:
1-
حَدِيثُ
النَّفْسِ
2-
وَتَخْوِيفُ
الشَّيْطَانِ
3-
وَبُشْرَى مِنْ اللَّهِ
Jadi, bagaimana kitani boleh
mengetahui samada mimpi tersebut merupakan mimpi yang benar. Seperkara yang
perlu kitani ingat serta yakin dengannya, adapun mimpi yang tidak ada keraguan
padanya bahawa pastinya mimpi tersebut adalah mimpi yang benar ialah apabila
seseorang bermimpikan baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hadits
mengenai perkara ini telah diriwayatkan oleh banyak perawi antaranya Abu
Hurairah, Anas bin Malik, Abi Sa’id, Jabir dan ramai lagi.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ
لاَ يَتَمَثَّلُ بِي[1]
Maksudnya:
“Bersabda
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam: “Barangsiapa yang melihat aku dalam tidur (mimpi), bererti ia
telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai diriku”.
Oleh yang demikian, kitani perlu benar-benar
bersyukur jika sekiranya bermimpikan baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, kerana mimpi mempunyai nilai yang istimewa dan bukan calang-calang
orang yang boleh bermimpikan baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
kerana sudah setentunya ia mempunyai status yang istimewa di sisi Allah ‘Azza
wa Jalla.
Timbul persoalan yang kita perlu
tahu... Bagaimana caranya kitani mengendalikan mimpi? Jawapan sudah pasti ada
diajarkan di dalam Islam. Dan inilah juga bukti bahawa Islam agama yang
syumul... kitani lihat apa nasihat baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا
فَإِنَّهَا مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِهَا
وَإِذَا رَأَى غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَكْرَهُ فَإِنَّمَا هِيَ مِنْ الشَّيْطَانِ
فَلْيَسْتَعِذْ مِنْ شَرِّهَا وَلاَ يَذْكُرْهَا لأَحَدٍ فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ[2]
Maksudnya:
Dari Abu Sa'id Al Khudri, ia mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang di antara
kalian bermimpi yang ia sukai, sebenarnya mimpi tersebut datangya dari Allah,
maka hendaklah ia memuji Allah karenanya dan ceritakanlah. Adapun jika ia
bermimpi selainnya yang ia tidak disukai, maka itu berasal dari syaitan, maka
hendaklah ia meminta perlindungan dari keburukannya, dan jangan menceritakannya
kepada orang lain, maka sesungguhnya ia tidak akan memudharatkannya.”
Di dalam riwayat lain juga
disebutkan:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرُّؤْيَا مِنْ اللَّهِ وَالْحُلْمُ مِنْ
الشَّيْطَانِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفُثْ عَنْ
يَسَارِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا
لَنْ تَضُرَّهُ.
(وَزَادَ ابْنُ رُمْحٍ فِي
رِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيثِ وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ)[3]
Maksudnya:
Dari Abu Qatadah
mengatakan, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: "Mimpi yang baik adalah berasal dari Allah, sedang mimpi yang
buruk berasal dari setan, maka apabila melihat seorang daripada kamu sesuatu
yang tidak disukainya, hendaklah ia meludah ke samping kirinya sebanyak tiga
kali, dan mintalah perlindungan darinya, sesungguhnya mimpinya itu tidak akan
membahayakannya."
(dan menambah Ibnu Rumh pada meriwayatkan
hadits ini: “Serta menukar atau memalingkan rusuknya ke arah berlawanan”.)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
kekadang apa yang kitani alami dalam mimpi kitani seperti kesakitan, kesedihan
dan sebagainya akan kitani rasainya secara dalam sedar. Imam al-Bukhari ada
meriwayatkan bahawa Abu Salamah juga turut mengalami keadaan seperti ini di
mana beliau berkata bahawa beliau pernah bermimpi dan kemudian mimpi beliau itu
membuatkan beliau sakit. Begitu juga dengan sahabat yang bernama Abu Qatadah,
yang mana beliau sendiri mengakui bahawa beliau pernah bermimpi sesuatu yang
lebih berat dari gunung, yakni perumpamaan bagaimana beliau rasa terhimpit dan
demi saja mendengar hadits baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini,
beliau mengatakan bahawa beban berat tersebut tidak lagi beliau rasakan. Inilah
fadhilat atau kelebihan dalam mentaati dan mengamalkan apa yang diajarkan oleh
baginda. Subahanallah...
Berbalik kitani kepada kaedah-kaedah
yang pelbagai yang disebutkan di dalam hadits terdahulu iaitu ketika mengalami mimpi, samada baik atau
buruk. Ulama Maliki berpendapat bahawa semua yang
dinyatakan itu adalah tidak bertentangan, kerana perintah untuk menukar posisi
dan juga melakukan sembahyang adalah merupakan tambahan. Oleh yang demikian,
lebih baik bagi orang yang bermimpi untuk melakukan semua perintah tersebut.
Kerana jika orang yang bermimpi tadi dan kemudiannya ia melakukan sembahyang,
maka secara tidak langsung orang tersebut akan berubah posisi, dan apabila ia
berkumur-kumur maka secara tidak langsung juga
ia juga berludah, kemudian jika ia melakukan sembahyang, maka sudah
setentunya orang tersebut akan memohon perlindungan Allah agar terhindar dari
segala kejahatan dan keburukan. Dan lebih-lebih lagi ia memohon doa di dalam
waktu yang sangat mustajab.[4]
Seperkara yang tidak boleh kitani tinggalkan untuk diperingatkan ialah
mengenai dengan perbuatan agar tidak mengkhabarkan atau menceritakan mimpi
sesuka hati kerana dikhuatiri akan mengundang hasad atau seumpamanya. Hal ini
adalah berdasarkan dari ayat 5 surah Yusuf:
قَالَ يَا بُنَيَّ لاَ
تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا إِنَّ الشَّيْطَانَ
لِلإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ(5)
Tafsirnya:
“Ayahnya berkata: “Hai anakku,
janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka
membuat makar (untuk membinasakanmu). Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagi manusia.”
Oleh yang demikian, berdasarkan ayat
di atas fahamlah kitani bahawa tidak diperbolehkan menceritakan mimpi kepada
orang yang tidak dapat memberikan nasihat dan orang yang tidak dapat
menafsirkan dengan baik. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda
yang berkaitan mengenai perkara ini:
عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ
قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ يَقُولُ: لَقَدْ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا
فَتُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ يَقُولُ وَأَنَا كُنْتُ لأَرَى
الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ اللَّهِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ
مَا يُحِبُّ فَلاَ يُحَدِّثْ بِهِ إِلاَّ مَنْ يُحِبُّ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ
فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ
ثَلاَثًا وَلاَ يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ[5]
Maksudnya:
“Dari 'Abdu
Rabbihi bin Sa'id mengatakan: “Aku mendengar Abu Salamah mengatakan: “Pernah
aku bermimpi sehingga menjadikan diriku sakit, hingga aku mendengar Abu Qatadah
mengatakan: “Sungguh aku juga pernah bermimpi yang menjadikan diriku sakit,
hingga aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Mimpi
yang baik adalah berasal dari Allah, maka apabila salah seorang di antara kamu
bermimpi yang disukainya, maka jangan ia menceritakannya kecuali kepada yang
disukainya, dan siapa yang bermimpi yang tidak disukainya, maka mintalah
perlindungan dari Allah daripada segala kejahatannya dan dari kejahatan syaitan,
dan hendaklah ia meludah tiga kali dan janganlah ia menceritakannya kepada
seorang pun, maka sesungguhnya ia tidak akan
memudharatkannya.”
Dan di dalam hadits yang lain pula ada
menyebutkan:
عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
الرُّؤْيَا مُعَلَّقَةٌ بِرِجْلِ طَائِرٍ مَا لَمْ يُحَدِّثْ بِهَا صَاحِبُهَا
فَإِذَا حَدَّثَ بِهَا وَقَعَتْ وَِلاَ تُحَدِّثُوا بِهَا إِلاَّ عَالِمًا أَوْ
نَاصِحًا أَوْ لَبِيبًا وَالرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ جُزْءٌ مِنْ أَرْبَعِينَ جُزْءًا
مِنْ النُّبُوَّةِ[6]
Maksudnya:
“Mimpi itu tergantung pada juru ramal selama
orang yang bermimpi tidak menceritakan kepadanya, dan apabila ia menceritakan
kepadanya, maka mimpi itu akan menjadi kenyataan. Oleh kerana itu, janganlah
kalian ceritakannya kecuali kepada orang yang berakal, mencintai dan orang yang
dapat memberi nasihat.”
Dalam hal mentafsirkan mimpi pula, Abu Razin
meriwayatkan bahawa seseorang pernah bertanya kepada Malik: “Apakah setiap
orang boleh mentafsirkan mimpi?” Maka dijawab oleh Malik: “Apakah kenabian itu
dibuat main-main?” selanjutnya Malik berkata: “Tidak diperbolehkan mentafsirkan
mimpi kecuali orang yang memahami akan mimpi itu, iaitu jika ia melihat suatu
kebaikan maka dia mengatakannya dan apabila dia melihat keburukan, maka dia
berkata baik, atau diam.”
Setelah itu beliau ditanya lagi, “Apakah dia
harus mengatakan yang baik sedang menurut dia adalah keburukan karena mimpi itu
tergantung penafsirannya?” Maka malik menjawab: “Tidak.” Kemudian dia berkata:
“Mimpi itu adalah bagian dari tanda kenabian, maka tidak boleh dibuat
main-main.”[7]
Dari penjelasan ulama besar ini, perlu
kitani ingat bahawa mentafsirkan mimpi bukanlah suatu perbuatan yang boleh
dibuat-buat atau dilakukan sewenang-wenangnya. Sebahagian para ulama ada
menyebutkan tentang kaedah atau cara untuk menilai mimpi. Kaedah yang
dinyatakan ada 5 cara itu dengan:
1.
Kitab
Allah; yakni menilai berlandaskan Kitab Allah
2.
Sunnah
Rasulullah; yakni menilai berlandaskan Sunnah
3.
Az-Zaman;
yakni menilai berlandaskan zaman dan masa
4.
Al-Makaan;
iaitu menilaikan berlandaskan tempat
5.
Al-Asmaa’;
iaitu menilai berlandaskan nama-nama[8]
صحيح
المسلم، رقم: 4206 &
4207 ، الباب: من رأى النبي صلى الله عليه وسلم ، 360/11 & 361
Dan
menurut at-Tirmidzi, hadits ini adalah hadits hasan shahih (al-Qurthubi: 288)
[7]
Tafsir al-Qurthubi, Ta’liq: Muhammad Ibrahim
al-Hifnawi, Takhrij: Mahmud Hamid Utsman, Pustaka Azzam - Jakarta, 2008, Jld: 9, m.s: 288
[8]
Petikan ceramah oleh Yang
Berhormat Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam; Pehin Datu Seri Maharaja
Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa ‘Kuliah
Bersama Mufti’ bertempat di Masjid al-Ameerah al-Hajah Maryam, Kampong
Jerudong pada hari Jumaat - 10 Februari, 2012
*MB-1*