Monday, September 28, 2015

DOA MEMOHON KESELAMATAN DAN KEAMPUNAN ATAS KEKURANGAN DIRI


بسم الله الرحمن الرحيم
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
 
Tafsirnya:
 Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat (yang tidak terdaya kami menanggungnya) sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami! Jangan Engkau bebankan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkaulah pelindung kami. Oleh itu tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir.

Inilah doa yang harus diamalkan oleh para muslimin, yang sentiasa merasa dirinya lemah dan serba kekurangan dihadapan Allah subhanahu wa Ta’ala. Memohon keampuanan dan rahmat daripadaNya kerana Dialah tempat mengadu dan meminta pertolongan.

Setiap kali ingin memohon sesuatu kepada Allah, dianjurkan untuk terlebih dahulu beristighfar.  Istighfar adalah antara penyelamat manusia di dunia dan di akhirat. Cuba bayangkan jika setiap orang sentiasa memohon pengampunan dari Allah subhanahu wa Ta’ala, nescaya dunia akan lebih selamat, hati akan lebih tenang dan perhubungan sesama muslim akan lebih erat. Inilah amalan yang sangat digalakkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bagi setiap umat agar mendapat keredhaanNya, keberkatan hidup di dunia dan akhirat sekaligus dapat melayakkan diri menjadi penghuni syurga bersama-sama baginda di akhirat kelak.