Bulan Zulhijjah adalah bulan kedua belas dalam
taqwim hijrah. Bulan ini merpakan bulan yang terpenting kerana di bulan ini
umat Islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadat haji ke Baitullah bagi sesiapa
yang berkemampuan dari segi rohani dan jasmani. Selain sebagai pelengkap rukun
Islam, bulan ini juga merupakan bulan rahmat bulan mencurah-curah, bulan
maghfirah dan bulan keredhaan Allah.
Ganjaran yang menanti bagi Jemaah haji yang
memperolehi haji yang mabrur ialah Syuga. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
dari Muslim, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang
bermaksud:
“Satu umrah sampai
umrah berikutnya aalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua
umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga.”
Bagi umat Islam yang tidak mempunyai kesempatan
untuk mengerjakan ibadah haji, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyediakan
keistimewaan besar yang patut diamalkan dan direbut pada 10 hari pertama bulan
Zulhijjah.
Di antara amalan-amalan tersebut
ialah:
1.
Memperbanyakkan
amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan
Zulhijjah.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari,
daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal salih padanya lebih dikasihi Allah selain
dari hari-hari yang sepuluh ini pada bulan Zulhijjah.”
Para sahabat bertanya:”Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad
di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihadmembawa diri serta hartanya
dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
2.
Puasa pada
hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Qatadah radhiallahu anhu
berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, kemudian baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun
akan datang.”
3.
Sembahyang Hari
Raya Aidiladha.
Hadits riwayat Abu Daud,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi
Allah adalah Hari Raya Aidiladha.”
4.
Menyembelih binatang
korban.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Imam
at-Tirmidzi, bahawa Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah
menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk,
kuku dan bhulu-bulunya. Sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban
itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hedaklah ikhlaskandiri semasa
melakukan korban itu.”
5.
Bertakbir pada
Hari Aidiladha
Memperbanyakkan takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah (9
Zulhijjah ) dan bagi yang menunaikannya
takbir bermula pada waktu Zuhur hari
raya (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ketiga belas
(13) Zulhijjah.
6.
Bertaubat.
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat
keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana
maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula
adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
7.
Memperbanyakkan
amalan salih.
Amalan-amalan sunat tambahan seperti
sembahyang sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran, mendekatkan diri kepadaNya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan
digandakan pada hari-har I tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu merupakan smslsn ternaik, tidaklah
mendapat kehebatan pahala pada hari-hari
itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa)
dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid);
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar diamalkan dan direbut
oleh umat Islam dalam menambah bekalan
menuju hari akhirat.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan