Syifaa ertinya oenyembuhan, selawat ini jika diamalkan secara tetap setiap hari boleh menjadikan badan tetap sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari segala macam penyakit dengan izin Allah Subhanahu wa Ta`ala dan diterangkan hatinya. Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembhayang farhu menurut kemampuan seseorang dengan bilangan yang tetap.
Bacaannya
ialah:-
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَصِحَّةِ الْأَبْدَانِ
وَعَافِيَتِهَا وَنُوْرِ الْأَبْـصَارِ وَضِيَائِهَا وَقُـوَّةِ الْأَجْسَـادِ
وَغَذَائِـهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم.
Ertinya:-
Ya Allah, limpahkanlah
rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam yang
menjadi penawar semua hati dan ubatnya, yang menjadi kesihatan semua badan dan
kesejahteraannya, yang menjadi cahaya semua hati dan kemilaunya, dan yang
menjadi kekuatan semua badan dan makanannya. (Dan semoga rahmat melimpah pula)
kepada segenap keluarga baginda dan sahabat baginda serta berilah
kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan