بسم الله الرحمن
الرحيم
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا
وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
Tafsirnya:
Ya
Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat (yang
tidak terdaya kami menanggungnya) sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami! Jangan Engkau bebankan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, serta ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat kepada kami.
Engkaulah pelindung kami. Oleh itu tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir.
Inilah
doa yang harus diamalkan oleh para muslimin, yang sentiasa merasa dirinya lemah
dan serba kekurangan dihadapan Allah subhanahu wa Ta’ala. Memohon
keampuanan dan rahmat daripadaNya kerana Dialah tempat mengadu dan meminta
pertolongan.
Setiap
kali ingin memohon sesuatu kepada Allah, dianjurkan untuk terlebih dahulu
beristighfar. Istighfar adalah antara penyelamat manusia di dunia dan di
akhirat. Cuba bayangkan jika setiap orang sentiasa memohon pengampunan dari
Allah subhanahu wa Ta’ala, nescaya dunia akan lebih selamat, hati akan
lebih tenang dan perhubungan sesama muslim akan lebih erat. Inilah amalan yang
sangat digalakkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bagi
setiap umat agar mendapat keredhaanNya, keberkatan hidup di dunia dan akhirat
sekaligus dapat melayakkan diri menjadi penghuni syurga bersama-sama baginda di
akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan