Translate

Wednesday, October 29, 2025

DOA AGAR DIBERI KESIHATAN


اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي 

Ertinya: “Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku.”

10 TIPS CORAK HIDUP SIHAT MU'MIN


  •  Menunaikan sembahyang lima waktu pada waktunya.

  • Menjaga Kebersihan.

  • Makan dan minum yang halal, baik dan berkhasiat – Kurangkan makanan manis / junk food makanan ringan segera. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makan secara sederhana dan elakkan daripada berlebih-lebihan.
  • Memulakan makan dan minum dengan membaca  بسم اللّٰه الرحمن الرحيم  dan berdoa.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.  
  • Berpuasa.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dan aktif seperti bersenam tiga kali seminggu.
  • Rehat dan tidur yang mencukupi dan berkualiti. 
  • Sentiasa gembira dan berfikiran positif.

PENGENALAN SURAH AR-RAHMAAN



  • Surah Ar-Rahmaan adalah surah yang ke-55 dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Surah ar-Rahmaan (Tuhan Yang Maha Pemurah) kerana permulaan ayat ada menyebutkan nama Allah iaitu ar-Rahmaan.
  • Surah ini juga dinamakan ‘Arusulqur’an iaitu Ratu al-Qur’an.
  • Permulaan surah ini juga menjelaskan tentang ni’mat Allah yang utama iaitu ni’mat agama, wahyu dan al-Qur’an yang diajarkan kepada hambahambaNya. Al-Qur’an adalah ni’mat terbesar kerana ia merupakan kemuncak kitab samawi yang diturunkan untuk menyatakan kebenaran kitab-kitab sebelumnya.
  • Surah ini menerangkan tentang kejadian dan keistimewaan manusia dengan keupayaan berfikir, berinteraksi dan berkomunikasi berbanding binatang.
  • Kemudian Allah menjelaskan secara terperinci sumber-sumber ni’mat yang besar di alam semesta ini seperti matahari, bulan, bintang, tumbuhtumbuhan, langit, bumi yang kaya dengan buah-buahan, kayu-kayan dan tanam-tanaman serta kejadian angin dan bermacam-macam lagi. 
  • Surah ini diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala 6 atas segala ni’mat yang dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya.