PENGENALAN SURAH AR-RAHMAAN
- Surah Ar-Rahmaan adalah surah yang ke-55 dan mengandungi 78 ayat.
Dinamakan Surah ar-Rahmaan (Tuhan Yang Maha Pemurah) kerana
permulaan ayat ada menyebutkan nama Allah iaitu ar-Rahmaan.
- Surah ini juga dinamakan ‘Arusulqur’an iaitu Ratu al-Qur’an.
- Permulaan surah ini juga menjelaskan tentang ni’mat Allah yang utama
iaitu ni’mat agama, wahyu dan al-Qur’an yang diajarkan kepada hambahambaNya. Al-Qur’an adalah ni’mat terbesar kerana ia merupakan
kemuncak kitab samawi yang diturunkan untuk menyatakan
kebenaran kitab-kitab sebelumnya.
- Surah ini menerangkan tentang kejadian dan keistimewaan manusia
dengan keupayaan berfikir, berinteraksi dan berkomunikasi
berbanding binatang.
- Kemudian Allah menjelaskan secara terperinci sumber-sumber ni’mat
yang besar di alam semesta ini seperti matahari, bulan, bintang, tumbuhtumbuhan, langit, bumi yang kaya dengan buah-buahan, kayu-kayan dan
tanam-tanaman serta kejadian angin dan bermacam-macam lagi.
- Surah ini diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala 6 atas segala ni’mat yang dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya.
No comments:
Post a Comment
Silakan untuk sebarang pertanyaan