Translate

Tuesday, June 30, 2026

KALIMAH YANG BAIK

 





Anak-anak, setiap perkataan yang mengundang kebaikan kepada pendengar boleh  dianggap sebagai satu sedekah. Ini kerana kata-kata yang baik itu boleh mendatangkan kegembiraan kepada orang lain atau mendorong seseorang untuk membuat kebaikan. Oleh itu anak-anak hendaklah membiasakan mulut untuk mengucapkan perkataan-perkataan baik seperti ucapan salam, bertanya khabar dan sebagainya. Sekiranya sesuatu perkataan yang diucapkan itu memberikan kesan yang tidak baik kepada orang lain maka  ia boleh menghumban anak-anak ke dalam neraka.  Anak-anak, perlu ingat  bahawa kita akan dibangkitkan pada hari akhirat nanti  dan pada masa itu setiap anggota badan akan berbicara. Walaupun mulut kita ditutup, ia tetap akan menjadi saksi terhadap perkataan yang kita cakapkan  semasa di dunia ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala  dalam Surah Yaasiin ayat 65 yang tafsirnya: Pada hari itu Kami mengunci mulut mereka, dan tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan